1. Fuziah Salleh, seorang wakil rakyat, Ahli Parlimen Kuantan yang tidak berjawatan penting dalam parti bahkan tidak juga dalam kerajaan kerana mewakili parti pembangkang. Beliau wakil rakyat yang tiada tugas dan kerja. Tidak ada juga apa kebaikan yang dilakukannya kepada penduduk Kuantan selama ini. Tidak langsung membangunkan rohaniah dan jasmaniah warga Kuantan.
2. Kerana tiada kerja kebajikan dan kebaikan yang dilakukan untuk pengundi-pengundinya dalam parlimen Kuantan selama ini, maka untuk membuktikan bahawa beliau berkerja dan melakukan sesuatu lalu dicarinyalah satu tugas yang mudah, iaitu jadi promoter dan penganjur tunjuk perasaan dan rapat-rapat umum serta himpunan bantahan. Malanglah kerana kilang Lynas yang memproses 'rare earth' terpaksa dijadikan mangsanya untuk menaikkan popularitinya sebagai pemimpin masyarakat.
3. Lynas difitnah sebagai kilang yang berasaskan nuklear sedangkan ianya bukan nuklear. Rakyat ditakutkan supaya ada bantahan dari rakyat dan membuatkan pelabur asing tidak ingin melabur di Pahang. Seterusnya itu akan membuatkan ekonomi negeri Pahang tidak membangun. Apabila ekonomi negeri tidak membangun maka mereka akan menuduh kerajaan gagal dalam membangunkan ekonomi negeri. Itu adalah agenda khasnya. Apabila kerajaan kelihatan gagal maka mudahlah pembangkang merampas kerusi-kerusi Parlimen untuk memenangkan Pakatan Pembangkang dan cita-cita Anwar Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri akan tercapai. Segalanya hanyalah mengenai Anwar Ibrahim sebenarnya.
4. Selangor juga ada kilang memproses 'rare earth' dan masih beroperasi. Kenapa Himpunan Hijau dan Selamatkan Selangor tidak dilakukan disana? Adakah kerana Selangor diperintah oleh pembangkang maka kesalahannya juga sudah tidak jadi kesalahan?
5. Arafura (Klik Sini) sebuah syarikat yang mengendalikan 'rare earth' besar-besaran di Australia di 2 lokasi iaitu di Nolans Bore dan Whyalla, sebuah bandar peranginan dipinggir laut denngan populasi klebih 21 juta penduduk menolak tohmahan bahawa 'rare earth' yang akan diproses oleh Lynas ini nanti merbahayakan penduduk. (Baca di Pahang3) Tidak ada langsung ketakutan dan kegusaran penduduk Whyalla akan keselamatan mereka akibat dari pemprosesan 'rare earth' berkenaan kerana rakyat mereka cerdik, pintar dan banyak pengetahuan kerana banyak membaca serta ahli politik pembangkang mereka tidak melakukan perkara bodoh untuk meraih undi seperti di negara kita.
6. Dalam kes wartawan Cina yang salah lapor mengatakan MB Pahang akan membuang sisa Lynas di Sungai Lembing, nyata bahawa pengikut-pengikut dan penyokong pembangkang terlalu daif sehingga sanggup melakukan bantahan sedangkan laporan yang dibuat ternyata tidak benar sama sekali. Mungkin benar mereka itu bodoh dan hanya percaya kepada kata-kata pemimpin mereka, tetapi ada juga dikalangan mereka yang lebih cerdik, tahu dan faham keadaan sebenar namun kerana ketaksuban terhadap parti yang disokongnya, maka mereka tetap juga menyertai himpunan bodoh itu.
7. Lynas bukanlah logi nuklear. Lynas bukanlah logi nuklear. Lynas bukanlah logi nuklear. Fuziah memang penipu (Baca Sini)
7. Lynas bukanlah logi nuklear. Lynas bukanlah logi nuklear. Lynas bukanlah logi nuklear. Fuziah memang penipu (Baca Sini)
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor