Kita sering mendengar berkenaan sibertrooper upahan pembangkang yang dibayar bagi menjalankan kerja-kerja kotor mereka untuk mencalarkan imej pemimpin dan kerajaan barisan nasional.
Mereka adalah satu pasukan yang besar dan sudah menjalankan kerja-kerja sebegini sejak PRU12 dulu. Ada antaranya bloggers, facebookers, tweet handlers selain dari itu ada juga yang tugasnya melakukan super impose kepada foto-foto pemimpin untuk mengelirukan rakyat serta memberikan imej buruk terhadap pemimpin berkenaan.
Ada juga kalangan mereka yang bertugas mengeluarkan klip video yang di edit dengan niat memprovokasikan pemimpin berkenaan.
Mereka ini dibayar lumayan sesuai dengan tugas masing-masing sama ada bagi pihak PKR, Pas mahupun DAP.
Berbagai-bagai cara dan fitnah yang mereka lakukan, hatta menulis dan mengeluarkan gambar super impose yang seolah-oleh ditulis oleh mereka yang menyokong kerajaan namun dalam halus mereka berniat buruk untuk memalukan dan menjatuhkan kerajaan.
Kita akan dedahkan mereka seorang demi seorang dari masa kesemasa supaya kita akan dapat menentang mereka dengan lebih berkesan lagi sama ada dialam maya mahupun di alam nyata.
Wajah-wajah blogger pencacai upahan pembangkang. Baca maklumat dilaman berikut;
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor