Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan tindakan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir meletak jawatan sebagai anggota Umno "seumpama kacang lupakan kulit".
Beliau berkata bekas Menteri Penerangan itu tidak mengenang jasa terhadap parti yang disertainya selama ini sehingga memegang pelbagai jawatan termasuk Anggota Majlis Tertinggi Umno, Timbalan Menteri dan Menteri.
Bagiamanpun, katanya, tindakan itu tidak akan menggugat sokongan pengundi khususnya di Kulim-Bandar Baharu, Kedah terhadap Barisan Nasional (BN).
"Mungkin hilanglah satu dua undi, tetapi ramai lagi yang menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Keselamatan Bersama (JKKB) negeri Melaka di sini.
Mengenai kenyataan Abdul Kadir yang mendakwa BN membeli undi untuk memenangi pilihan raya umum lepas, Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata ia merupakan satu kenyataan yang menghina mereka yang mengundi beliau (Abdul Kadir) sebelum ini.
Abdul Kadir Sheikh Fadzir adalah salah seorang orang UMNO yang kecewa apabila kehendak peribadinya tidak ditunaikan. Mungkin dia elok benar berkawan dengan seorang bekas ahli UMNO kat Pahang ni yang digelar rakyat sebagai suckmongkol. Sebabnya mereka berdua ni mempunyai tabiat yang sama iaitu suka mengkritik parti sendiri apabila kehendak mereka tidak dipenuhi.
macam macam perangai manusia ni.
ReplyDelete