Pages

Wednesday, March 7, 2012

SUHAIMI SAID SINDIR OSTAD BADROL?

Lain kali, bawaklah bini, kan awak ada 2 bini? 
Atau memang awak dan cadang nak berparti?

Suhaimi Said, dalam laman blognya 'The Spirit of Lubuk Kawah' menyindir Ostad Badrol dalam kes tuduhan berkhalwatnya (Klik Sini). Menurut beliau, kejadian berkenaan boleh dielakkan jikalau isteri dibawa bersama-sama kemana-mana saja dalam apa acara sekalipun. Dengan demikian dapatlah kita menjauhi diri dari perangkap nafsu syaitan.

Tetapi dalam kes Ostad Badrol ini mungkin berlainan sekali kerana berkemungkinan beliau sudah merancang dan menjangkakannya sedemikian dan segalanya adalah atas perancangan dan kehendaknya sendiri. Jikalaulah ini adalah satu perangkap seperti dikatakan beliau, maka yang memerangkapnya adalah diri beliau sendiri kerana tidak cuba menjauhi dari fitnah apabila berdua-duan dengan perempuan yang bukan muhrim.

Memang sukar untuk kita menafikan bahawa segalanya bukan dengan rancangan beliau sendiri. Apakah beliau tidak dapat mengelak dari bersama-sama didalam satu bilik pada waktu hampir subuh? Bahkan tidak mampukan beliau mengelaknya sedangkan ini pula bukanlah malam pertama siri kaunseling dengan bini seseorang itu diadakan.

Bagaimanapun dari sudut lain kita melihat seolah-olah ada pihak dalam PKR terutamanya di Negeri pahang yang seakan-akan bergembira dengan kejadian berkenaan. Mungkin kerana perbezaan pendapat atau dari kem yang berlainan. 

Ostad Badrol berprasangkan bahawa seakan ada perangkap dan perancangan untuk mengianayai beliau, tentu tidak mustahil perkara ini berlaku dan berkemungkinan besar datangnya dari kalangan PKR di Negeri Pahang ini sendiri yang merasa tidak senang hati terhadap beliau.

Tidak siapa yang tahu dan dapat meneka, tetapi mungkin Suhaimi Said atau Dato' Fauzi sendiri yang lebih tahu dan aril dalam hal ini. Dalam politik, matlamat menghalalkan cara dan tidak mustahil tangan-tangan hitam itu adalah dari PKR Negeri Pahang.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor