Pages

Monday, March 5, 2012

SEKITAR KONVENSYEN EKONOMI NEGERI PAHANG 2012


DSD Adnan Yaakob di Sidang Akhbar selepas merasmikan Konvesyen

1. Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang 2012 telahdiadakan selama 2 hari bermula 29hb Februari - 1hb Mac 2012 bertempat di Hotel Zenith, Kuantan dengan slogan 'Pahang Menjana Transformasi'.

2. Dihadiri lebih dari 2 ribu orang peserta yang terdiri dan mewakili berbagai sektor ekonomi termasuk wakil-wakil rakyat, penjawat awam dalam kerajaan dan kerajaan tempatan, pemain dalam industri-industri berkenaan.

3. Dalam ucaptamanya YAB Menteri Besar Pahang, DSD Hj Adnan Bin Hj Yaakob menjelaskan beberapa perkara penting antaranya: 
  • Konvesyen Ekonomi Negeri Pahang 2012 adalah merupakan kesinambungan kepada usaha Kerajaan Negeri selama ini dalam menentukan hala tuju pembangunan ekonomi negeri.

  • Zaman dimana Kerajaan mengetahui segalanya sudah berlalu, justeru 'engagement' dengan semua pihak adalah penting dalam merencanakan apa yang terbaik untuk negeri Pahang pada masa depan

  • Negeri Pahang mensasarkan menjadi negeri maju pada 2020 dengan ciri-ciri prestasi ekonomi yang kukuh, kualiti hidup yang tinggi dan keselamatan persekitaran yang terjamin

  • Prestasi ekonomi negeri berada dalam landasan yang tepat dan berkembang baik. 4.5% pada 2010, 4.9% pada 2011 dan diunjurkan kepada 5.2 % pada 2012 manakala pelaburan swasta meningkat ke RM 6.63 billion berbanding RM 1.04 billion pada 2012, iaitu catatan tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Ianya disebabkan kewujudan di negeri Pahang ini kestabilan politik, kemudahan prasarana, bekalan sumber asli dan pemantapan modal insan yang menawarkan suasana pelaburan kondusif dan menggalakkan aktiviti ekonomi yang lebih pesat.

  • Penganjuran Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang ini diharapkan dapat memperkukuhkan perkongsian pintar terutamanya dengan sektor swasta.

4. Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang menggariskan 3 tujuan utama;
  • Menghebahkan mengenai perancangan dan pembangunan ekonomi Negeri selaras dengan visi YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu melalui ETP, NKEA & NKRA.

  • Mendapatkan input dan maklumbalas 'stakeholder' keatas perancangan dan pembangunan ekonomi Negeri.

  • Menarik pelabur untuk melabur dalam sektor-sektor bernilai tinggi di Negeri Pahang.

5. 9 Sektor Utama adalah;
  • Pembuatan
  • Pertanian
  • Pelancongan
  • Infrastruktur & Perumahan
  • Pendidikan & Latihan Kemahiran
  • Utiliti & Teknologi Hijau
  • ICT & Bioteknologi
  • Pembangunan Luar Bandar
  • Seni Kreatif
6. 3 Penceramah dalam sesi perkongsian;
  • YB Dato' Sri Jamaluddin B. Dato' Mohd Jarjis, TYT Duta Khas Malaysia Ke Amerika Syarikat merangkap Ahli Parlimen Rompin.

  • Y.Bhg. Dato' Jebasingam Issace John, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Tmur (ECERDC).

  • En. A.H. Ong, Pengarah Urusan, Malaysia Solar Resources Sdn. Bhd.

7. 10 orang moderator yang mengendalikan bengkel-bengkel sepanjang Konvensyen Ekonomi berlangsung;
  • Ketua Moderator - YH Dato' Sri Abdul Aziz b. Abd. Rahman

  • Pembuatan - YH. Dato' Hj Mas'ut A. Samah, Pengerusi Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia Wilayah Timur.

  • Pertanian - YB. Dato' Hj. Tan Mohd Aminuddin b. Hj. Ishak, Exco Pertanian, Industri Asas Tani & Hal Ehwal Felda.

  • Pelancongan - YB. Dato' Hj Shafik Fauzan b. Hj Sharif, Exco Pelancongan, Kesenian dan Warisan.

  • Infrastruktur & Perumahan - YB. Dato' Hoh Khai Mun, Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan.

  • Utiliti & Teknologi Hijau - YB. Dato' IR Mohd Soffi B. Hj Tan Sri Abdul Razak, Exco Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan.

  • Pembangunan Luar Bandar - YB. Dato' Wan Rosdy b Wan Ismail, Exco Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli.

  • Latihan Kemahiran & Pendidikan - YB. Dato' Fong Kong Fuee, Exco Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna.

  • ICT dan Bioteknologi - YB. Dato' Hj Mohd Sharkar b Hj Shamsuddin, Exco Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

  • Seni Kreatif - YB. Dato' Wan Adnan b. Wan Mamat, Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan.

8. Sekretariat Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang 2012; Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Tel: 09-5126700  Faks: 09-5156327  e-mel: tsuk1@pahang.gov.my




Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang sedang berlangsung.

 Sebahagian peserta 

 Dato' Shafik Fauzan, EXCO Pelancongan

 Sebahagian wakil rakyat yang turut hadir: YB ADUN Tahan dan YB ADUN Kerdau

 YB Dato' Saifuddin Abdullah, YB Dato' Maznan Mazlan dan Datuk Idris Jusoh

 YAB MB Pahang dan Dato' Tan

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor