Ini satu kisah yang didedahkan dalam laman blog Pro Pakatan Pembangkang yang mendesak agar PAS mengugurkan keahlian Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli.
Hanya kerana mereka terdesak nak mempolitikkan isu Lynas, maka desakkan itu dibuat untuk meneruskan pandangan mereka terhadap keselamatan kilang tersebut.
Mereka menuduh Dr. Che Rosli sengaja nak memperlekehkan usaha yang sedang giat dijalankan oleh PKR. Berikut diantara petikan didalam blog yang membuat desakan berikut:
Kedudukan beliau sebagai saintis tidak boleh memadamkan hakikat bahawa beliau juga seorang ahli politik. Justeru, dalam isu Lynas ini, jika beliau mempunyai pendapat yang berlainan, beliau seharusnya mengelak dari membuat kenyataan langsung selagi pendapat beliau tidak dibahaskan dan diputuskan oleh parti.Apa yang beliau lakukan merupakan tamparan yang hebat sekali di mana PR kini kehilangan hujah bernas untuk terus menentang Lynas. Apatah lagi apabila pihak berkuasa berkaitan atom dan nuklear antarabangsa turut menyokong bahawa Lynas tidak merbahaya, maka apakah lagi modal PR untuk menghentikan operasi Lynas dan menyelamatkan rakyat dan alam sekitar di Gebeng?Bukankah ini satu kerugian kepada PR di kala PRU semakin dekat? Kerana Che Rosli, PR kini dilihat sebagai parti yang hanya mementingkan politik dan segala penentangan terhadap Lynas hanyalah gimik semata-mata.
Bayangkan!!! Demi nak menjuarai Politik, mereka sanggup ketepikan pandangan dari seorang pakar yang juga merupakan pemimpin dikalangan mereka!!!
Malah, mereka juga sanggup membunuh karier Politik Dr. Che Rosli hanya semata - mata kerana beliau memberikan pandangan secara jujur dalam isu ini.
Nah!!! Sekarang korang fikir lah sendiri. Adakah ini sifat yang mahu kita lihat dalam diri pemimpin kita dimasa akan datang dimana mereka sanggup menggadaikan Kebenaran? Korang Fikir La Sendiri!!!
Ps: Sumber dari blog House PK.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor