Pages

Thursday, March 8, 2012

Pengumuman Pelarasan Gaji Penjawat Awam - PM


PUTRAJAYA - Kumpulan Penjawat Awam dianggap sebagai tiang seri keramat kepada pihak Kerajaan.

Segala dasar yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan akan dijalankan serta ditunaikan oleh penjawat awam.

Ianya tanpa mengira keadaan semasa sama ada dalam keadaan gawat mahu pun dalam keadaan stabil seperti hari ini.

Penjawat awam akan terus memainkan peranan dalam kelansungan Transformasi Kerajaan melalui pelan - pelan yang telah disediakan.

Bagi menjayakan Transformasi sebagai agenda Negara, maka tugas dan tanggungjawab Penjawat Awam amat diperlukan.

YAB Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukan oleh Presiden Cuepacs agar sumbangan perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan.

Pada tahun ini, Penjawat awam sekali lagi akan menikmati pelarasan gaji yang mengantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Kerajaan mengambil keputusan supaya struktur saraan baru yang diperkenalkan dikaji semula.

Jesteru, sebarang keputusan yang dibuat perlu mengambil kira kepentingan rakyat tanpa menolak kelastarian ekonomi Negara ketika ini.

Perkara berikut telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

1. Struktur saraan baru SPBA dibatalkan. Ianya kembali kepada SSM yang ditambah baik.

2. Penubuhan Suruhajaya yang dianggotai oleh pihak berkepentingan bagi mengkaji secara komprehensif akan dibentuk.

3. Selaras dengan komitmen Kerajaan, pelarasan gaji berdasarkan sistem berikut:

  • 13% bagi kumpulan pengurusan dan Profesional dari Gred 1 - 54
  • 9% bagi gred utama C, B, dan A.
  • 8% bagi gred 1 dan ke atas.
  • 7% bagi JUSA dan KSU.

Kerajaan juga besetuju untuk memberi bayaran insentif dikekalkan pelaksanaannya dibawah Sistem Saraan Malaysia. - Sumber

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor