Oleh Beruang Biru
Beberapa hari berlalu
sejak Anwar Ibrahim secara rasmi memfailkan notis saman terhadap bekas rakannya
Datuk Nallakaruppan, namun tidak ada tanda langkah tersebut mampu menyebabkan
Nalla mengunci mulut untuk seketika mahupun untuk satu tempoh yang panjang.
Tambahan pula Nalla
tidak keseorangan untuk menghadapi saman Anwar di mahkamah kelak apabila turut
mendapat sokongan rakan-rakan lain terutama sekali dari kalangan bekas pemimpin
PKR seperti Ezam Mohd Nor, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar
Shaari dan beberapa yang lain.
Malah ugutan kekerasan
oleh dua orang penyokong Anwar sehari lepas yang mahu Nalla berhenti bercakap
isu berkaitan Anwar Ibrahim juga tidak berdaya menggugat tekadnya untuk terus
membongkar salahlaku Ketua Umum PKR itu.
Semasa sidang akhbar
semalam, sekali lagi secara terbuka Nallakaruppan menegaskan Anwar sebagai
seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua
Pembangkang di parlimen - satu kenyataan yang agak memedihkan seumpama menambah
garam pada luka.
Manakala itu, peguam
terkemuka yang mewakili Nallakaruppan, Datuk Seri Shafie Abdullah pula meminta
peguam bela Anwar segera menyerahkan writ saman di pejabatnya bagi
mempercepatkan proses perbicaraan yang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak
berkemungkinan dapat diselesaikan kes tersebut dalam tempoh dua bulan ke tiga
bulan.
Keyakinan di pihak
Nallakaruppan banyak berkaitrapat dengan faktor beberapa bukti penting yang
memihak kepadanya termasuklah berkaitan dengan penglibatan isteri Azmin Ali,
Shamsidar yang pernah banyak kali menjadi 'santapan' Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu,
tekanan yang bertali arus dari Nallakaruppan telah menyebabkan Anwar seakan
naik angin apabila mengherdik wartawan setelah soalan berkaitan samannya ke
atas Nallakaruppan diajukan.
Menurut wartawan Agendadaily, Anwar Ibrahim seperti hilang kesabaran bila
diminta mengulas isu saman. Suasana dilaporkan sedikit tegang tambah lagi bila
wartawan terbabit menyarankan supaya Anwar mempercepatkan proses saman kes
tersebut.
Dalam kes Nalla lawan
Anwar ini, faktor bila kes perbicaraan saman akan bermula dan selama mana ianya
berlangsung banyak bergantung pada pihak Anwar, itulah hakikatnya.
Pada masa sekarang
Anwar hanya baru saja memfailkan saman, namun hingga kini writ saman tersebut
belum juga diserahkan kepada Nalla sendiri mahupun peguamnya. Jika Anwar
serius, sepatutnya sejak dari awal lagi selepas saja saman difailkan, writ
saman segera diserahkan kepada pihak Nalla.
Apapun, kita tunggu
dan lihat sehingga bila Anwar boleh bertahan dengan asakan & desakan umum
yang mahu beliau menyegerakan kes ini. Di pihak Nalla, tekad dan kesungguhannya
untuk menghadiri perbicaraan mahkamah sudah terserlah sejak awal lagi hingga
kini tetap utuh tidak berganjak.
Ramai yang menantikan
penghujung kes ini dengan penuh minat tinggal lagi cuma Anwar sahaja yang masih
kelihatan seperti blur & tidak tentu arah, seakan mengiakan beberapa
maklumat dalaman PKR yang menyebut game plan Anwar jauh
tersasar daripada yang dijangkakannya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor