MB Pahang, DSD Adnan Yaakob menafikan laporan wartawan akhbar Cina Sin Chew mengenai sisa Lynas bahawa ianya akan dibuangkan di Sungai Lembing. (Baca Sini) Sebaliknya beliau setuju dan akur dengan cadangan yang dibuat MITI yang juga telah dipersetujui oleh Syarikat Lynas yang mana sisa berkenaan akan dihantar ke luar Negara. Sepatutnya ini bukanlah lagi satu isu, namun wartawan akhbar berbahasa Cina itu mungkin dengan niat jahatnya cuba menimbulkan kemarahan rakyat Pahang seterusnya ingin mengalihkan sokongan kaum Cina kepada pembangkang.
Adalah sangat tidak wajar melakukan provokasi yang demikian terhadap kenyataan MB tambahan pula dimaklumkan bahawa wartawan berkenaan tidak ada semasa perjumpaan MB Pahang dengan YB Datuk Mustapha Mohamed selaku Menteri MITI.
Rujuk blog Semut HItam untuk berita selanjutnya. (Klik Sini)
Rakyat sangat kesal dengan sikap para wartawan yang tidak memberikan laporan yang benar serta memesongkan fakta demi mendukung agenda-agenda politik tertentu mereka. Seharusnya wartawan berkenaan membuat permohonan maaf terhadap rakyat Pahang dengan salah lapor berkenaan bagi menjernihkan suasana.
Sebuah portal blog (yang baru dikesan) Pahang3 juga menulis mengenai isu sama namun tidak diketahui apakah niat sebenarnya. (Klik Sini)
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor