Pages

Tuesday, March 13, 2012

LYNAS: FUZIAH 'THORON'NYA BOCOR MENIPU


@fuziah99 aka Fuziah Salleh 'Thoron' 



1. Sekali lagi 'PahangKu' menyatakan pendiriannya bahawa akan menyokong dan tetap berdiri dibelakang  YAB Menteri Besar Pahang.  Sama ada dalam isu beliau dikatakan 'mengamuk' terhadap wartawan akhbar Cina yang salah lapor kenyataan beliau mengenai sisa buangan Lynas ke Sungai Lembing atau pun isu pembinaan kilang Lynas itu sendiri.

2. Pembongkaran demi pembongkaran telah dibuat oleh ramai blogger sama ada dari Pahang sendiri bahkan dari luar Pahang yang ingin membuktikan bahawa kenyataan Fuziah selama ini tehadap isu 'rare earth' tidak benar sama sekali seta ingin membuktikan bahawa 'rare earth' yang diusahakan oleh Lynas bukanlah pemprosesan nuklear dan tidak merbahaya kepada awam.

3. Kebijaksanaan Fuziah adalah mampu menipu rakyat dan pengikut parti Pas yang 'bodoh sombong' serta mampu bersekongkol dengan penyokong DAP dan PKR yang rela bersubahat dalam setiap penipuannya. Klip Video kenyataan pakar nuklear dari Pas sudahpun di siarkan yang mana beliau menjamin bahawa Lynas adalah selamat, namun kerana agenda tersembunyi mereka, maka mereka masih menyatakan Lynas adalah logi nuklear. Kebodohan pengikut Pas adalah terlalu taksub dan mudah mengikut kata pemimpinnya walaupun ternyata tidak benar. Kasihan pengikut Pas yang bodoh dan sering diperbodohkan.

4. Dulu Fuziah menyatakan Lynas ini bahaya kerana itulah di Australia mereka enggan dirikan kilang berkenaan, namun pendedahan menyatakan bahawa ada 2 buah kilang memproses 'rare earth' oleh syarikat Arafura. (Klik Arafura)

5. Kemudian Fuziah mengatakan bahawa kilang berkenaan adalah jauh dari manusia iaitu di tengah gurun sedangkan di Gebeng dikelilingi manusia yang sudah tentu mendatangkan bahaya.  Sekali lagi Fuziah ini menipu apabila dibuktikan bahawa Kilang Arafura di 'Nolans Bore' memang berhampiran gurun (Klik Nolans Bore) namun kilang di Whyalla adalah dipenempatan awam dipinggir laut (Klik Whyalla) dan bahkan mempunyai populasi penduduk seramai lebih 21 ribu orang. (Klik Wiki Whyalla) Maklumat dari Pahang3.

6. Baca blog 'Panglima Perang Siber' (Klik Sini) memaparkan perbincangan Fuziah di laman twitter dan percubaan menipunya dan percubaan memusing fakta. Mula-mula kata di Australia tak ada kilang memproses 'rare earth' kerana kebahayaannya dan rakyat disana menolak pembinaan kilang berkenaan. Akhirnya mengakui bahawa memang ada kilang demikian tetapi hauh dari penempatan dan di kawasan gurun. Apabila ditunjukkan bahawa bandar Whyalla adalah dipinggir laut dan adalah penempatan nagi seramai 21 ribu orang membuatknya ditohmahkan sebagai penipu. Kemana beliau nak sorokkan malu dan kemaluannya kerana pembohongannya selama ini sudahpun diketahui umum?

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor