Oleh Beruang Biru
Cinta 3 segi si jantan curang
Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati,
cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta
iaitu cinta politik. Cinta
politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang
terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.
Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat
atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri,
seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat
kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai
isterinya.
Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali
dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan
yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi
berkhalwat.
Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di
Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik
Anwar – Azizah.
Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana
Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta
mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu
yang tahu.
Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari.
Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari
1980, ala-ala Zack dan Azura
versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain.
Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun
berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa
Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi,
kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas
Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.
Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’
telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di
mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung
Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu
masih bujang.
Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah
ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan
berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit
Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.
Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran
Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada
Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan
segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan.
Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar
masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi.
Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh
dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu
diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari
berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam.
Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras
dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan.
Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’
yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati
berulam jantung sebagai makanan hariannya.
Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa
Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih
mencintai isteri yang digelarnya sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan
Shamsidar.
Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat
Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling
menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali.
Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan
terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.
Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang
Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila
memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan
loya. Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah
apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah
atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan
ke atas segala pengorbanannya.
Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan
wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi
saksi lakonan mereka.
Wahai, saudara-saudari pencinta yang sejati.. Sesungguhnya cinta Azizah kepada Anwar cukup mendalam, kesetiaan beliau kepada suami tiada tolok bandingnya. Hingga beliau sanggup menjadi korban nafsu serakah Anwar yang tidak pernah mengenal erti noktah. Menjadi tembok penampan apabila ditimpa badai pembalasan. Ungkapan Anwar adalah Augerah Tuhan merungkai isi hati Azizah yang telah beriltizam bahawasanya Anwar adalah satu-satu lelaki yang dicintai sepanjang hayat di dunia ini kerana kepada lelaki itulah beliau akan berbakti tanpa berpaling lagi. Tidak akan ada jalan keluar di mana-mana pun. Yang pasti itulah satu-satu lelaki yang telah diangerahkan Tuhan buat diri pencinta sejati bernama Azizah. Sesungguhnya Allah jua tahu segala keperitan dan betapa pasrahnya wanita ini kepada ketentuan Illahi..Kepada Allah kami bermohon agar Wan Azizah akan mendapat petunjuk yang terbaik buat dirinya..Amin
ReplyDelete