Pages

Wednesday, March 21, 2012

Kenyataan Hadi Bersifat Politik - Mufti Pahang




KUANTAN – Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan isu umat Islam dibenarkan menjalankan perniagaan dengan orang Yahudi sebagai kenyataan politik semata-mata.

Menurutnya, ini kerana, umat Islam secara amnya tidak mengiktiraf bangsa berkenaan yang banyak membawa kerosakan terhadap negara Palestin.
“Bagi saya, ini hanya kenyataan politik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Perbandingan Ahli Sunnah dan Syiah di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, pada dasarnya, hukum berniaga dengan orang Yahudi yang bersikap baik terhadap umat Islam dibolehkan, tetapi berniaga dengan negara Yahudi iaitu Israel yang merampas tanah dan hak kehidupan rakyat Palestin, hukumnya adalah haram.

Menurutnya, meskipun Yahudi dan Zionis berbeza, iaitu Yahudi merujuk kepada bangsa manakala Zionis pula merujuk kepada fahaman atau pegangan, matlamat orang Yahudi pada hari ini kebanyakannya sama iaitu melakukan kerosakan serta kemusnahan terhadap umat Islam.
“Berurusan dengan mereka boleh diibaratkan menyokong setiap penindasan yang dilakukan terhadap saudara kita di Asia Barat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor