Persidangan Dewan Rakyat Selasa meluluskan usul bagi menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP), yang bertujuan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek itu.
Usul yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pagi ini dipersetujui melalui pungutan suara, walaupun pembangkang berterusan membantah, dengan ada wakilnya yang keluar dewan sebaik usul itu dipersetujui.
Pembangkang sebelum itu mendesak kerajaan memberi jaminan supaya lesen beroperasi sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk operasi LAMP di Gebeng, Pahang, ditarik balik, dan semua aktiviti di kilang itu dihentikan dalam tempoh tiga bulan pelantikan jawatankuasa itu, sebagai syarat sokongan mereka.
Beliau berkata segala apa isu yang dibangkit oleh wakil pembangkang boleh dikemukan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas itu.
Mohamed Nazri turut membidas pembangkang yang cuba memutar-belit kenyataan beberapa pemimpin Barisan Nasional sebelum ini, bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas itu bertujuan membetulkan salah tanggapan masyarakat berhubung isu projek Lynas.
"Dalam BN kita tidak ada 'gag order' (arahan tutup mulut). Kalau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau mana-mana pemimpin hendak cakap jawatankuasa ini diharap dapat betulkan persepsi masyarakat, dia boleh bercakap sebab itu pandangan dia.
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP itu terdiri daripada sembilan anggota Dewan Rakyat, iaitu lima anggota daripada Barisan Nasional (termasuk seorang menteri sebagai Pengerusi), tiga anggota daripada pembangkang dan seorang wakil Bebas.
Tempoh masa pelantikan jawatankuasa tersebut adalah selama tiga bulan, dan jawatankuasa itu bertanggungjawab menyiapkan dan membentangkan penyatanya yang mengandungi syor-syor berkaitan dan dikemukakan kepada Dewan Rakyat untuk dipersetujui.
Jika jawatankuasa itu tidak dapat melaksanakan tugas yang diserahkan dalam tempoh tersebut, perkara itu hendaklah dibawa semula ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan pelanjutan tempoh pelantikan.
Sekarang ramai puak pembangkang terutamanya DAP yang mula resah dengan Jawatankuasa Pilihan Khas ini. Mereka resah kerana takutkan kebenaran yang akan ditunjukkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas selepas penyiasatan secara terperinci mengenai tuduhan mereka terhadap kilang Lynas.
Sememangnya kilang Lynas itu tidak merbahaya tetapi ianya menjadi isu apabila DAP memutarbelitkan kebenaran. Ini semua kerana DAP tidak mahu perniagaan nadir bumi dan kuasa ekonomi di Pahang dipegang oleh orang melayu sendiri.
Di Selangor sendiri sudah ada kilang memproses nadir bumi dan paling mengejutkan adalah di P.Pinang akan mempunyai sebuah kilang yang menghasilkan bahan toksid merbahaya (klik sini). Tetapi mengapa mereka ini tidak membantah dan menyerang kilang tersebut? Ini kerana isu Lynas hanyalah isu penguasaan ekonomi dan juga perkauman sebaliknya bukanlah isu alam sekitar.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor