Pages

Saturday, February 11, 2012

Salehudin Ayub Menteri Besar Johor?

Dr. Mohd Puad Zarkashi mendedahkan bahawa Salehudin Ayub akan bertanding di Johor, dan jika PAS menang, beliau akan menjadi MB Johor. Namun berita yang sepatutnya 'menggembirakan' Salehudin Ayub ini dilihat oleh beliau sebagai usaha menyingkirkan beliau dari Kelantan.

Salehudin Ayub, anak kelahiran Johor namun bertanding dan menang di Parlimen Kubang Kerian. Sebenarnya tidak salah jika PAS Pusat minta beliau bertanding di Johor memandangkan beliau anak jati Johor. Namun usaha itu dilihatnya sebagai 'politiking' dalam PAS.

Ini kerana, disebalik 'cakap besar' dan 'keyakinan' pura-pura PR mereka boleh menawan Putrajaya dan usaha itu bermula dengan menawan Johor,  sebenarnya PR tidak menyakini keupayaan mereka sendiri. Sebagai Naib Presiden PAS, Salehudin Ayub perlu mengepalai PAS Johor bagi menakluk Johor.

Masalahnya bagi pemimpin PAS samada dari Johor, Kedah atau Selangor, mereka lebih yakin menang di Kelantan. Ini membuktikan bahawa slogan 'PAS Ganti UMNO' tidak diyakini oleh mereka sendiri. Khalid Samad juga sepatutnya bertanding di Johor.

Salehudin Ayub mendakwa beliau sudah berkhidmat selama 30 tahun dalam PAS, sewajarnya PAS Kelantan tidak menolaknya. Baca sini.

Salehudin Ayub sepatutnya berjiwa besar dan beri peluang anak tempatan PAS Kelantan menjadi Ahli Parlimen di Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor