Pages

Saturday, February 18, 2012

Perjanjian Syaitan


Janji pihak pembangkang yang mahu menaikkan pembayaran royalti minyak kepada Sabah daripada lima peratus kepada 20 peratus merupakan satu janji kosong sempena pilihan raya yang akan tiba tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelbagai janji kosong yang ditaburkan oleh pihak pembangkang dalam mengaburi mata rakyat demi mendapat sokongan.

Najib berkata, pelbagai janji manis yang tidak realistik disajikan kepada rakyat termasuk melupuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berjumlah RM40 bilion.

Beliau berkata, selain ingin menghapuskan PTPTN, pembangkang juga menjanjikan untuk mengkaji kadar tol dan petrol serta meningkatkan subsidi.

"Jadi di manakah mereka untuk mencari pendapatan beratus bilion ringgit dalam setahun bagi menguruskan negara dan ia belum lagi melibatkan janji mereka dalam Buku Jingga.

"Ini semua janji kosong yang diberikan pembangkang untuk mengaburi mata rakyat demi meraih undi menjelang pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah projek Samur yang dimiliki oleh anak syarikat Petronas, Petronas Chemicals Group Bhd.

Biasalah puak yang tamak haloba ni selalunya jenis kawan syaitan. Dan janji syaitan selalunya indah indah belaka. Sebab itulah segala janji pembangkang ni nampak indah tetapi realitinya amatlah berbeza dengan apa yang dijanjikan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor