Pages

Wednesday, February 15, 2012

Majlis Jamuan Rakyat TPM Di Balok Esok

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadiri Majlis Jamuan Rakyat yang dijadualkan bermula hari Khamis, 16 Febuari 2012.

Majlis tersebut akan diadakan di Pusat Rekreasi Air Balok yang juga akan turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.

Ianya merupakan diantara jadual lawatan kerja YAB Timbalan Perdana Menteri ke Negeri Pahang bagi tahun ini.

Majlis tersebut dijangka akan bermula pada jam 11.00 pagi.

Rakyat yang berada disekitar kawasan Kuantan dan seluruh Negeri Pahang dijemput hadir beramai - ramai bagi menyerikan majlis.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor