Pages

Friday, February 3, 2012

KEBEBASAN YANG DISALAHGUNA



PORT SAID - Penduduk di Kaherah yang naik berang ekoran kematian 74 orang dalam insiden pergaduhan di stadium bola sepak Port Said mengadakan beberapa tunjuk perasaan semalam.
Siri bantahan tersebut diadakan selepas peminat dan ahli politik menuduh kepimpinan tentera yang memerintah Mesir gagal menghalang insiden terburuk itu berlaku sejak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.
Sejumlah pemuda menyekat beberapa batang jalan raya berhampiran bangunan stesen televisyen Mesir dan Dataran Tahrir yang menjadi mercu tanda ibu kota negara berkenaan, Kaherah.
Orang ramai turut berkumpul di stesen kereta api utama Kaherah dengan harapan dapat melihat saudara-mara mereka kembali daripada menyaksikan perlawanan bola sepak tragis di sini.
Apabila mayat-mayat mangsa tragedi bola sepak terburuk dalam sejarah Mesir itu diangkut keluar dari beberapa buah kereta api, beribu-ribu orang menjerit slogan: "Jatuhkan pemerintahan tentera."
Seorang ibu yang panik turut menjerit: "Di manakah lelaki saya?"
"Pergi mati dengan perlawanan bola sepak, kembalikan anak saya," kata wanita berkenaan, Fatma Kamal selepas dia berulang kali menelefon anaknya tetapi panggilannya tidak dijawab.
Sekurang-kurangnya 1,000 orang cedera dalam keganasan kelmarin apabila sejumlah peminat bola sepak menceroboh padang permainan selepas kelab tuan rumah Al-Masry menewaskan pelawat iaitu kelab Al-Ahly dari Kaherah yang turut dikenali dengan nama jolokan Red Devils. - Reuters


Demikianlah mereka yang hanya tahu menyalahkan orang lain dalam semua hal, sehinggakan pihak yang dipersalahkan keliru untuk melakukan sebarang tindakan kerana jika dilakukan akan dipersalahkan manakala jika tidak dibuat sesuatu juga akan turut dipersalahkan.

Tunjuk perasaan 901 tidak lama dulu pun demikian juga. Jika tidak dibenarkan maka pihak berkenaan akan menganggap kerajaan tidak bebas sedangkan apabila dibenarkan mereka melakukan sesuatu sehingga diluar batas.

Beberapa siri letupan dilakukan untuk menakutkan dan mengharu-birukan orang ramai serta mencetuskan keadaan tidak selamat dan kelam-kabut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malangnya ada pula dari kalangan pihak pembangkang menuduh letupan itu adalah satu konspirasi dan dilakukan oleh pihak keselamatan sendiri.

Kita harus percaya bahawa kebebasanpun harus ada peraturan dan kawalan dan bukanlah bebas yang bererti semua orang boleh lakukan sesuatu sesuka hati mereka sendiri sahaja dan kemudiannya apabila berlaku kerosakan akan menuduh orang lain kerana gagal mengawalnya.

1 comment:

  1. Ingatkan terlepas cengkaman Hosni, rakyat Mesir peroleh kebebasan sebenar... Malang. ! Rakyat Mesir masih dibelenggu kerakusan nafsu serakah mereka sendiri. Maknanya Hosni Mubarak itu memang Allah turunkan pemimpin paling sesuai buat mengajar keegoan mereka . Percayalah pemimpin baru mereka tidak akan lebih baik dari Hosni Mubarak.

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor