Pages

Wednesday, January 25, 2012

PAS YANG SEMAKIN LEMAH DAN LESU, JANGAN MIMPI MENAWAN PAHANG

Majlis Syura PAS makin lemah dan lesu?

Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi, Selangor dalam satu kajian mengenai"Kepimpinan dan Kedudukan Ulama dalam Organisasi Parti Islam Semalaysia (Pas)" ada menyebut beberapa para tentang wujud kelesuan Majlis Syura PAS dalam menangani isu-isu semasa muktahir ini.


‘Majlis Syura Ulama’ yang boleh disifatkan sebagai ‘supreme council’ dalam PAS ini boleh dikatakan berfungsi sebagai mengambil alih fungsi Dewan Ulama yang dilihat kuasanya amat terbatas pada peringkat awalnya. Kewujudan majlis ini mungkin disebabkan PAS cuba menjalankan segala aktivitinya menjurus ke arah konsep ‘syura’ yang sememangnya sangat ditekankan dalam ajaran Islam.


Apabila menyingkap sejarah PAS, kewujudan Majlis Syura Ulama ini adalah titik tolak bermulanya era ‘Kepimpinan Ulama’ yang memperlihatkan hasilnya hingga saat ini. Bermula ketika era kepimpinan Yusuf Rawa, perlembagaan parti telah dipinda beberapa kali setelah hampir setahun pimpinannya sehingga akhirnya terbentuk Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi dalam PAS (Riduan 2004: 83).


Anda mungkin rimas apabila menyebut tentang kajian-kajian budak U. Orang pun kurang faham perkara yang abstrak. Adalah lebih baik menjurus macam mana orang kampung bercakap.

Semalam saya ditanya oleh seorang yang sudah berumur, mungkin lebih berumur daripada saya. "Kenapa PAS bagi Exco Agama kepada PKR"?

Saya diam tak menjawab, dia tenung saya. Saya bertanya "Tanya saya ke?"

"Habis siapa yang boleh menjawab, selain daripada ustaz?" Katanya.

Lagi rimas dibuatnya, sebab saya bukan ustaz sekadar berketayap sahaja. "Oii, saya, saya bukan ustaz" kata saya. "Bukan ustaz pun takkan tak tahu" macam perli aje.



"Itu telah diputuskan. Telah wujud perbincangan antara PAS dan PKR dalam hal ini. Ini telah dijelaskan oleh Dr Rani, Persuruhjaya Selangor dalam Sinar Harian" kata saya.


"Lagipun PKR berjanji akan memulangkan semula jawatan ini, sekejap aje kata saya. Ini telah ditegaskan oleh Persuruhjaya PAS" tambah saya lagi.

Orang itu nampak macam tak ada reaksi yang bersetuju, muka dia semacam aje. Dia menjawab pendek "Betul ker..?

Saya tak memberikan sebarang reaksi daripada kenyataan pendek dia itu. Dia menghirup teh dan berkata "Majlis Syura setuju ke?"

Saya kata, "Majlis Syura pasti setuju"

Dia senyum dan berkata "Majlis Syura tak pernah bermesyuarat pun. Majlis Syura dalam PAS dan tak ada apa-apa manafaat lagi" Selepas itu dia bersyarah kepada saya.

Saya simpulkan sahaja apa yang disyarahkan kepada saya dan audian di warung itu.

Saya anggap orang itu adalah ahli biasa PAS, yang cukup prihatin tentang PAS. Dia selamba bercakap di warung yang terbuka mengkritik Majlis Syura PAS yang tak berfungsi. Dia berpegang isu Dr Hassan Ali tidak melarat sebegini kalau Majlis Syura berfungsi dengan baik. Malah dia menuduh Majlis Syura tak pernah bermesyuarat pun.

Anggapannya Majlis Syura adalah macam kita takutkan anak-anak dengan cerita hantu. Jadi ahli PAS dimomok dengan Majlis Syura sedangkan Majlis Syura itu sudah tidak ada lagi bagi pandangan dia. Tak wujud sebenarnya.. Itu kata-kata akhir dia sebelum dia meninggalkan saya sambil memanggil pekerja warung untuk membayar harga makanan.

Benarkan Majlis Syura tak pernah bermesyuarat?
Pembaca boleh menjawab...

Sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyebut beliau tak pernah hadir dan memanggil mesyuarat untuk Majlis Syura pada penggal lalu. Adakah penggal baru ini sama seperti dulu??

Malanglah buat PAS kalau badan utamaini betul-betul tidak pernah bermesyuarat!!

Itulah hakikat sebenarnya sebuat parti yang pergunakan Islam untuk kepentingan dan berkuasa

Di Pahang mereka kononnya akan memberikan rakyat tanah secara percuma apabila saja mereka berkuasa, namun jika kita singkap apa yang berlaku di Kelantan, janji-janji mereka semuanya dusta. Bahkan bukan setakat tidak mampu memberikan tanah kepada rakyatnya namun tanah yang diteroka oleh rakyat dirampas pula tanpa sebarang bayaran pampasan untuk diberikan kepadan saudagar Cina dari Singapura.

Rakyat Pahang sudah sangat mengenali siapa dia Tuan Ibrahim Tuan Man. Apa yang dapat dilakukan untuk rakyat dan apa pula yang sudah dilakukan untuk dirinya sendiri sertau kaum kerabatnya?

Kita bukan hendak mencerca para pemimpin Pas Pahang, namun jika terpaksa maka kita akan bongkar supaya rakyat tahu siapa sebenarnya mereka-mereka itu yang cakap tak serupa bikin.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor