Pages
▼
Saturday, January 14, 2012
Lim Guan Eng Menagih Simpati DS Najib
Lim Guan Eng masih cuba menipu rakyat P.Pinang apabila mengeluarkan pengakuan rasmi aset hartanya. Yang menjadi persoalan rakyat, mengapa kertas dan data yang ditunjuk seolah olah hanya penyata biasa. Seperti penyata akaun yang ditaip oleh budak sekolah layaknya.
Pengakuan rasmi aset seharusnya mempunyai tandatangan akauntan yang bertauliah. Tandatangan tersebut bertujuan mengesahkan penyataan berkenaan adalah benar. Ini sekadar kertas penyata biasa, bagaimana rakyat boleh mempercayainya.
Yang bertambah memalukan, Lim Guan Eng turut memiliki 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad (AMB).AMB adalah dibawah PNB yang ditubuhkan oleh Kerajaan Barisan National. Selama ini Lim Guan Eng menghina Kerajaan BN tetapi didalam masa yang sama beliau turut melabur didalam AMB yang diasaskan oleh Kerajaan BN.
Memang sahlah Lim Guan Eng ini pemimpin yang tak tahu malu. Menghina Kerajaan BN dan didalam masa yang sama turut memiliki pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan BN. Kalau Kerajaan BN ini tak betul seperti yang sering dikatakan oleh beliau, maka beliau seharusnya menjual kesemua saham yang dimilikinya itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor