Pages

Saturday, January 14, 2012

LETUPAN DIPERHIMPUNAN 901 - PENGANJUR MESTI BERTANGGUNGJAWAB


Penjarakan mereka yang membuat kekacauan


Penganjur Bebas Anwar 901 memohon kebenaran polis untuk adakan perhimpunan. Polis telah memberi kebenaran dengan 10 syarat.  Pihak penganjur yang diwakili pemimpin PKR bersetuju dengan syarat-syarat berkenaan dan menandatangai perjanjian.


Sebelum hari perhimpunan, Azmin Ali telah berbohong dengan berkata tiada sebarang syarat untuk adakan perhimpunan berkenaan yang ditetapkan oleh pihak Polis. Azmin Ali sebenarnyalah seorang pendusta.


Pada hari hari perhimpunan kebanyakan syarat yang polis kenakan telah mereka langgar. Inilah ciri-ciri orang munafik, apabila berjanji mendustainya.


Dulunya mereka menuduh kehakiman kita tidak telus dan tidak berlaku adil kepada rakyat. Mereka mencanang kesana kemari dengan mengutuk sistem kehakiman negara. Namun apabila hakim membuat keputusan Anu arr tidak didapati bersalah mereka pula terlupa untuk memuji sistem kehakiman yang telus itu. 


Apakah mahkamah apabila menghukum mereka bermakna mahkamah tidak adil tetapi apabila melepaskan mereka baharulah mahkamah berlaku adil. Bermakna, keadilan mahkamah adalah dengan tidak menghukum kesalahan yang mereka lakukan.


Semasa perhimpunan berlaku 3 letupan yang mencederakan orang awam. Walau apa alasan sekalipun, pihak penganjurlah yang terpaksa bertanggungjawab kerana mereka harus memastikan perhimpunan itu berlaku dalam suasana aman dan mereka gagal melakukannya.


Tidak mustahil juga pihak merekalah yang merancangnya kerana percaya mahkamah tidak akan berlaku adil terhadap Anu arr mengikut pandangan mereka. Ini bagi mencipta satu suasana yang tidak tenteram ada kacau bilau supaya imej negara dimata dunia akan tercemar.


Adalah wajar pada hari-hari mendatang agar pihak polis tidak akan membenarkan mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang diadakan kerana mereka tidak akan patuh pada perjanjian dan tidak dapat memastikan perhimpunan berlangsung dalam suasana aman.





KUALA LUMPUR 10 Jan. – Tiga butir bom buatan sendiri yang meletup sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.

Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.

“Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.

“Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.

“Sebab itu kita percaya bom buatan sendiri yang lengkap dengan jam jangka itu dibawa oleh peserta perhimpunan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah, polis terpaksa mengambil masa untuk menyiasat insiden tersebut berdasarkan rakaman video yang diambil kerana kawasan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian itu, lima termasuk seorang peguam cedera dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Letupan pertama berlaku pukul 10.20 pagi di Jalan Khidmat Usaha disusuli 25 minit kemudian letupan kedua di kafeteria mahkamah.

Bom ketiga yang disembunyikan di bawah kon di hadapan mahkamah meletup pukul 10.55 pagi.

Kesemua peserta perhimpunan mula berada di kawasan terbabit sejak pukul 4 pagi manakala kafeteria dibuka pada waktu pejabat.

Sementara itu, Polis Kontinjen Kuala Lumpur mengesahkan tiga letupan yang berlaku semalam berpunca daripada bom jangka buatan sendiri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya menunggu pengesahan pakar dan ahli kimia untuk menentukan jenis dan kelas bahan letupan itu.

Antara bahan-bahan yang ditemui di kawasan letupan itu ialah serpihan kon plastik, bebola gegalas, jam dan bateri, katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook Polis Kuala Lumpur hari ini.
“Polis telah mengumpul semua bahan bukti di tempat kejadian dan akan dihantar untuk dianalisis dan sedang mengesan saksi-saksi lain yang boleh membantu dalam penyiasatan berhubung kejadian tersebut,” kata Mohmad.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor