Pages

Tuesday, January 24, 2012

IKHSAN SAMUDERA MEMBANTU NELAYAN




2012/01/18

KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijadual melancarkan program bantuan untuk nelayan 'Ihsan Samudera' Sabtu ini di Kampung Tanjung Lumpur dekat sini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat, berkata program itu memberi manfaat bukan saja kepada nelayan di seluruh negara tetapi juga keluarga mereka.

"Nelayan akan menerima bantuan berupa enjin bot, pukat, bubu, jaket keselamatan dan Sistem Kedudukan Global (GPS) manakala anak-anak mereka pula akan menerima bantuan pakaian sekolah, bakul makanan dan basikal," katanya di sini hari ini. Wan Adnan berkata dianggar 5,000 nelayan hadir pada majlis itu.    (KLIK)


Satu demi satu bukti telah ditunjukkan oleh kerajaan pimpinan DS Najib dalam melakukan transformasi bagi membantu rakyat meningkatkan taraf hidup serta negara mencapai taraf negara maju. Namun masih banyak juga komen negatif dari pembangkang yang memperkecilkan apa yang kerajaan lakukan selama ini.

Konsep 1Malaysia bukan lagi satu slogan tetapi satu perlaksanaan halatuju kerajaan dalam membantu rakyat negara. Seperti basa, pihak pembangkang akan tetap memburuk-burukkan apa saja yang kerajaan lalukan walau sebaik manapun dan kononnya mereka dapat melakukan lebih baik lagi sedangkan hakikatnya adalah mereka tidak dan tidak mampu melakukan apa-apa selain memberikan janji-janji manis semata-mata.

KR1M, BR1M dan bahkan apa saja akan mereka tantang dan canangkan sebagai tindakan politik kerajaan untuk hadapi pilihanraya, namun jika kerajaan tidak melakukan apa-apa, mereka akan turut memburukkan kerajaan. Rakyat perlu sedar bahawa pembangkang hanya ingin melemahkan kerajaan semata-mata.

Cuma kita harapkan rakyat yang selama ini menyokong pembangkang dapat berubah fikirannya dan cara befikir mereka dan jangan mudah menerima hasutan pambangkang. Bukan sedikit mereka yang selama ini menyokong pembangkang dan bahkan mencaci kerajaan siang malam namun turut juga hadir untuk menerima sumbang yang kerajaan berikan.

Kita harapkan agar rakyat akan semakin bijak dan pandai berterima kasih kepada tangan yang memberi dan dalam masa sama perlahan-lahan menutup mulut mereka yang memburuk-burukkan kerajaan dan usaha yang kerajaan laksanakan selama ini.

1 comment:

  1. Kita sanjung hasrat murnit kerajaan membantu para nelayan,orang miskin dengan pelbagai bantuan Pesoalanya sampai bila dan tahap mana? selama mana boleh disuap ka mulut? dah sekian lama kerajaan bebelanja besar membantu nelayan dengan pelbagai bantuan sehingan minyak boat diberi subsidi,adakah nasib nelayan berubah? ramai yg miskin macam dulu gak ramai yg kais pagi makan pagi kais petang makan petang masih bergantung pada tokey tokey. sepatutnya kerajaan mencari jalan jangka panjang yg berkesan untuk membantu mereka tak kan tak ada cara lain selain menabur duit. negara Malaysia bukan lah sekaya mana sangat. Bila dah bankrup nak kasi apa pulak? Kita ada menteri yg berkenaan buat satu dasar yg kekal jangan tukar menteri tukar dasar jangan buat dasar nak popularkan diri..selama mana kita mampu mengubahkan orang selagi orang itu tak mau berubah,mereka dah senang dan selesa bila sentiasa disuap..

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor