Pages

Friday, January 13, 2012

BANJIR DI KUANTAN DAN PEKAN


KUANTAN - Sejumlah 409 orang daripada 113 keluarga di daerah Kuantan dan Pekan dipindahkan selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 9 pagi ini, daerah Pekan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 246 orang daripada 65 keluarga dari Kampung Cenderawasih Sungai Miang dan mereka ditempatkan di Sekolah Sinar Mutiara, Pekan.

"Selebihnya melibatkan lima penempatan di daerah Kuantan iaitu di Batu 6 Jalan Gambang, Kampung Cendering, Kampung Seri Damai, Kampung Jaya Gading dan Kampung Paya Pancing," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kesemua 163 orang daripada 48 keluarga yang terjejas akibat banjir itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Orang Ramai Panching, Dewan Orang Ramai Seri Damai dan Sekolah Menengah Pandan. 

Sementara itu, dua jalan utama iaitu km30 dan km36 Jalan Kuantan-Sungai Lembing serta Jambatan Kampung Sungai Kolek, Sungai Lembing ditutup kepada semua kenderaan selepas digenangi air setinggi 1 meter. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor