Gambar Hiasan
Belum pun beberapa hari, Azmin dah mula pusing cakap. Dia radio dan tv jelas dalam temuramah Ketua Polis bahawa pihak polis membenarkan perhimpunan 901 dengan syarat. Beberapa syarat telah dikenakan untuk dipatuhi oleh peserta perhimpunan. Namun kini Azmin kata tidak ada sebarang syarat.
Apa muslihat Azmin sebenarnya? Atau apakah tindakan yang akan mereka lakukan dalam perhimpunan itu kelak? Mungkin benar bahawa mereka merancang untuk adakan rusuhan. Dilaman-laman media sosial, kita melihat banyak pihak yang ditaja pembangkang mengajak rakyat menyertai perhimpunan 901 itu. Mula-mula mereka ditawarkan RM50, kemudian naik kepada RM250 dan terbaru ditawar RM400.
Dari mana mereka mendapat duit itu? Sumber asing? Benarlah jika dari sumber asing bahawa ada usaha untuk menghuruharakan negara yang ditaja oleh negara asing. Dan tidak mustahil bahawa perhimpunan 901 itu nanti akan jadi perhimpunan berdarah seperti di Libya dan Mesir.
Kepada Ibu bapa, nasihatilah anak-anak mereka agar menjauhi pehimpunan berkenaan. Apalah sangat RM400 berbanding dengan nyawa anak-anak kita serta keselamatan negara? Kepada isteri-isteri, nasihati juga suami agar jauhi perhimpunan berkenaan supaya tidak ditinggalkan.
Kepada anak-anak yang cerdik pandai juga patut menasihati ibu bapa mereka supaya menjauhi rusuhan berkenaan yang hanya akan menyusahkan diri sendiri serta keluarga. Semua rakyat Malaysia yang bijaksana dan waras berakal harus hindari rusuhan 901 supaya tidak jadi alat dan mangsa kepentingan politik orang tertentu.
Ini bukan perjuangan fisabilillah! Bukan syahid mati untuk perjuangan itu. Silap-silap hanya akan mati katak. Memadailah hanya anak-anak mereka mahasiswa yang 'tidak cerdik' itu saja yang merusuh. Janganlah kita juga menuruti mereka menjadi kuran cerdik juga.
Utusan Malaysia:
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali hari ini mendakwa, polis tidak mengenakan sebarang syarat ketika mereka bersetuju membenarkan perhimpunan kempen Bebaskan Anwar 901 diadakan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini Isnin ini.
Oleh itu, katanya seperti mana dilaporkan oleh laman berita rasmi PKR, KeadilanDaily, parti itu tidak terikat dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa selepas persetujuan tersebut dicapai.
“Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN (Parti Keadilan Rakyat) menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada Jumaat 6 Januari 2012.
“Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia).
“Oleh demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini, selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Semalam, selepas mengadakan pertemuan dengan Mohmad di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Azmin memberi jaminan perhimpunan tersebut akan berjalan secara aman dan teratur.
Beliau turut berterima kasih dan menghargai polis kerana menjemputnya bagi membincangkan berkenaan perhimpunan tersebut.
Sementara itu, polis mengenakan 10 syarat bagi perhimpunan tersebut, termasuk larangan membawa sepanduk, pembesar suara dan ucapan awam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor