Pages

Thursday, December 15, 2011

PENSWASTAAN BEKALAN AIR PAHANG 2011




KUANTAN  – Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) akan dikorporatkan pada 1 Februari tahun depan.

Satu majlis perjanjian pengkorporatan antara kerajaan negeri Pahang dan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) ditandatangani hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menandatangani perjanjian berkenaan bagi pihak kerajaan negeri, manakala Paip diwakili ahli lembaga pengarahnya, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Menurut Adnan, menerusi perjanjian dan pengkorporatan berkenaan, kerajaan negeri bersetuju menyerahkan urusan merawat, membekal, mengagih dan mengutip hasil air bersih kepada Paip (fungsi yang selama ini dilaksanakan JBAP).

Beliau berkata, tujuan pengkorporatan berkenaan ialah supaya Paip dapat meningkatkan kecekapan operasi bekalan air dengan memberi fokus kepada bidang-bidang yang akan meningkatkan hasil seperti mengurangkan air tanpa hasil, memperkukuhkan aktiviti penguatkuasaan dan kutipan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan, Adnan berkata, Paip adalah syarikat yang mana 100 peratus pegangannya dimiliki kerajaan negeri Pahang.

Ianya bagi memastikan tarif air serta bekalannya dapat dipantau secara langsung oleh pihak Kerajaan Negeri.


Ps: Patut la Negeri Pahang kurang masalah air. Pihak Kerajaan Negeri ambik pendekatan mengatasi masalah sendiri.


Tak de la macam Negeri - Negeri dibawaha Pakatan. Isu air pun jadi masalah utama buat mereka. Jadi, macam mana nak jaga Kebajikan Rakyat?

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor