Pages

Friday, December 16, 2011

PAS JADI BIRO AGAMA DAP?





BUKIT MERTAJAM 14 Dis. - Pas diminta supaya tidak menjadi 'Biro Agama' untuk DAP kerana sering menjadi jurucakap kepada parti berkenaan di Pulau Pinang.

Peringatan itu disuarakan oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir. Shaik Hussein Mydin kepada Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd. Sany Hamzah yang menuduh UMNO menjadi dalang tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiahkan kek 'najis' kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini.

Menurut Shaikh Hussein, Pemuda UMNO tidak pernah menyokong, malah mengecam perbuatan yang diketuai oleh Presiden Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia Pulau Pinang (PSAMPP), Abdul Ghani Mohamed Jiman sebagai tidak bertamadun dan biadab.

"UMNO menganggap tindakan NGO itu satu tindakan biadab, jadi kami tidak pernah menyokongnya. Saya harap Mohd. Sany bertaubat dan meminta maaf di atas kenyataan itu atau terimalah tindakan undang-undang daripada kami," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohd. Sany yang dipetik menerusi sebuah portal berita yang menuntut UMNO Pulau Pinang supaya memohon maaf kepada Guan Eng dan kakitangan kerajaan negeri atas tindakan mereka menghadiahkan kek berupa najis manusia sempena hari kelahirannya baru-baru ini.

Jelas Sheikh Hussein lagi, tindakan yang diambil oleh NGO itu menunjukkan rakyat Pulau Pinang sudah muak dengan pentadbiran Guan Eng.

"UMNO tidak akan berjuang dengan cara menghantar kek seperti itu, tetapi kita menyerang Guan Eng secara berdepan melalui demonstrasi atau ceramah-ceramah.

"Jadi, Pas jangan jadi 'dayus' kerana menuduh sesuatu yang tidak berlandas fakta yang tepat dan saya harap Mohd. Sany memohon maaf kepada UMNO negeri," ujarnya.

Ps: Hakikatnya, PAS ni memang dah hilang akal dan arah tujuan mereka sendiri. Maka sebab itulah mereka terpaksa ikut apa saja arahan dari DAP.

Itulah masalahnya bila matlamat menghalalkan cara. Sampai agama pun sanggup digadaikannya. Inikan pulak nak buat tuduhan yang bukan - bukan. Lagi la tak peliknya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor