Pages
▼
Friday, December 30, 2011
Pahang Pelihara Alam Sekitar
Kerajaan Persekutuan memberi jaminan semua projek pembangunan luar bandar berasaskan pertanian dan pelancongan tidak akan menjejaskan alam sekitar bagi menjamin kelestarian ekosistem pada masa akan datang.
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S. K. Devamany berkata, segala perancangan yang dibuat oleh agensi kerajaan mengambil kira keutamaan penjagaan alam sekitar yang bermanfaat untuk kelestarian dan kesejahteraan penduduk di sesuatu kawasan.
''Di samping perancangan yang betul, kerajaan juga tetap menguatkuasakan peraturan ke atas tanah rizab kerajaan agar tidak diceroboh oleh pihak tertentu yang boleh merosakkan alam sekitar.
''Bukan sahaja di Cameron Highlands, penguatkuasaan peraturan penjagaan keindahan sungai, tasik dan hutan juga dilaksanakan di semua kawasan di seluruh negara," katanya selepas melepaskan 4,000 ekor benih ikan tilapia dan patin di Kolam Empangan Tepuai, Kampung Keledek, di sini semalam.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) digalakkan memajukan kawasan kolam dan sawah terbiar untuk projek ternakan ikan air tawar dan pertanian komersial.
Tambahnya, setiap projek pertanian, akuakultur dan pelancongan masih lagi terkawal agar tidak mencemarkan saliran sungai dan menggugat ekosistem lain.
''Saya yakin agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan mempunyai garis panduan dan kepakaran tertentu dapat membantu penternak atau petani mengusahakan kawasan masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, Devamany berkata, Kolam Empangan Tepuai di kampung itu seluas 1.4 hektar bakal menjadi pusat rekreasi utama di Hulu Jelai menerusi kegiatan memancing dan perkhemahan.
2 comments:
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor
Hahaha...devamany ni cakap je pandai..tp temberang kuat..isi tak ada..kalau dia lg d cameron highlands BN kalah...pepatah melayu dah cakap..jumpa ular & india..katok india ni dulu.Hampeh punya MP.
ReplyDeleteWELL SAID MR.DEVAMANY!! UR APPEAL IS OUR APPRECIATED!! THANK U!!
ReplyDelete