Gambar hiasan: Mencari remis
Fenomena air pasang besar telah membawa mala petaka kepada penduduk di Tg Leman, Rompin Pahang kerana telah menenggelamkan sebahagian besar pekan berkenaan. Bagaimanapun di Pantai Canggung Bacok kejadian berkenaan 2 hari lepas telah membawa rezeki kepada penduduk sekitar apabila turut membawa remis ke pantai berkenaan.
Remis adalah hidupan laut bercengkerang sebagaimana kerang dan lala dan merupakan makanan laut yang enak serta digemari terutamanya bagi penduduk pantai timur. Tinjuan 'Bernama' mendapati ramai orang temasuk pengunjung dari luar memeriahkan suasana mencari remis yang boleh hidangan enak sama ada digoreng berlada, direbus atau dijadikan perkasam. (Baca Bernama)
Bagaimana pun kita berhati-hati kerana ini juga mungkin merupakan isyarat alat sebagaimana tsunami sebelum datangnya 'tsunami' dulu. Rakyat haruslah selalu mendapatkan berita dari pihak Jabatan Meteorologi serta Radio dan TV untuk mendapat sebarang amaran perubahan cuaca dan bencana alam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor