Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik tindakan UMNO menggunakan perkatan Jihad pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.
"UMNO atau golongan sekular kalau kita andaikan, seperti bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tapi berhenti di Gua Musang, terliur tengok buah-buahan banyak, maka berhenti di situ sahaja, tak sampai ke Kuala Lumpur,”
“Nak ke syurga tapi tersekat separuh jalan kerana terpedaya dengan segala pembangunan dan kekayaan di dunia." sumber klik sini
UMNO tak boleh bawa masuk syurga? Alahai Nik Aziz. Dah tua tuapun masih tak faham ajaran islam ke. Memanglah parti politik tak boleh bawa masuk syurga. Parti PAS malah Nik Aziz sendiri juga tak boleh membawa manusia masuk syurga. Hanya dengan amal ibadat yang ikhlas dan rahmat Allah sahaja yang membolehkan manusia itu masuk syurga.
Nik Aziz mengatakan UMNO terpedaya dengan pembangunan dan kekayaan dunia. Tapi apa kurangnya dengan PAS dan diri Nik Aziz sendiri. Kaut hasil balak berjuta ringgit, rampas tanah orang asli dan dijual kepada peniaga cina. Meletak menantu dan kroni didalam posisi perniagaan. Bukankah itu namanya mengaut harta dunia?
Insaflah politik duniawi tak membawa manusia ke syurga atau neraka. Hanya amalan kebaikan atau keburukan manusia itu sendiri sahaja yang menentukan kemana manusia itu selepas mati.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor