Pages

Thursday, December 8, 2011

KR1M, TONY PUA HILANG AKAL


Semakin hari, semakin banyak pulak hal yang ditimbulkan oleh Dato' Sri Diraja MB Pahang ni ye. Lepas satu - satu benda yang dibuatnya.

Hari tu, dilempangnya Si Fuziah Thoron tu dalam sidang Dewan Undangan Negeri. Kali ni, dia malukan pulak Si Tony Puaka tu depan orang ramai.

Macam mana dia buat? Mudah je. Dengan merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia pertama di Negeri Pahang. Meh baca cerita dia.
KUANTAN, 7 Dis - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob telah melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang pertama di negeri ini pagi tadi.
Kedai yang dibuka di persimpangan Jalan Bukit Ubi ke Jalan Gambut dijangka mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat kerana ia menawarkan jualan barangan harian dengan harga yang lebih murah.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengarah Urusan Mydin Holdings Datuk Ameer Ali Mydin.

Pembukaan kedai rakyat 1Malaysia itu dijangka mendapat sambutan hangat kerana ia terletak dilokasi tengah bandar dan mudah untuk dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ.
Tinjauan mendapati, orang ramai berpusu-pusu berkunjung ke kedai terbabit hingga petang tadi untuk meninjau sendiri barangan jualan yang ditawarkan.
Hah!!! Mau tak sakit otak Si Tony Puaka tu bila dia baca cerita ni. Dia sikit punya gila nak halang kedai KR1M tu dari terus beroperasi, sekarang dah semakin bercambah.

Macam - macam cerita yang dia buat, tapi tak de satu pun yang dapat diterima oleh rakyat. Mana taknya. Semua cerita dia tipu belaka. Siapa nak percaya?

Itulah, orang suruh buat kerja membantu rakyat, dia degil. Nak juga kerja menipu sana sini. Sekarang, korng pikir la sendiri. Layak ke Si Tony Puaka ni jadi pemimpin dan wakil korang dimasa akan datang!!!

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor