Pages

Tuesday, December 13, 2011

KERAJAAN TUMPU PEMBANGUNAN KAWASAN LUAR BANDAR




KUANTAN -  Kerajaan Negeri Pahang sentiasa peka dan prihatin dengan masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat dikawasan luar bandar. Mereka tidak pernah ketinggalan dalam menikmati kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan juga bekalan elektrik.

Sehubungan dengan itu, Exco Pembangunan Luar Bandar, Dato Haji Wan Rosdhi berkata, pihak Kerajaan Negeri telah menerima bantuan peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Wilayah (KKLW) bagi penyediaan infrastruktur tersebut.

Bagi tempoh Rolling Plan 1, dibawah RMK10 (2011 - 2012), Kerajaan Negeri telah diberi peruntukan sebanyak RM234.1 juta untuk menaik-taraf jalan luar bandar yang meliputi jalan luar bandar sepanjang 155km dan jalan perhubungan desa sepanjang 216km. 

Tambah beliau, setakat ini, bagi jalan luar bandar, sepanjang 75km telah siap dibina manakala bagi jalan perhubungan desa, ianya telah siap dibina sepenuhnya.

"Untuk bantuan bekalan air pula, Kerajaan Negeri sedang berusaha menyediakan bekalan air bersih kepada 146 buah kampung yang melibatkan peruntukan sebanyak Rm164.5 juta," kata beliau ketika menggulung pembentangan Bajet Negeri 2012 baru - baru ini.

Projek  - projek membekalkan air ini telah mula dilaksanakan sejak bulan Julai 2011 yang lalu. Sehingga kini, kemajuan fizikal bagi projek tersebut sudah mencapai 32% dari jumlah yang telah ditetapkan.

Menurut kata Dato Wan Rosdhi lagi, Kerajaan Negeri juga sentiasa mengambil berat terhadap penduduk kawasan luar bandar yang masih belum mendapat bekalan Elektrik.

"Sehubungan dengan itu, bagi tahun 2011 - 2012, projek bekalan elektrik bagi kawasan luar bandar sedang dilaksanakan kepada 23 buah kampung yang melibatkan 819 buah rumah dengan kos bernilai sebanyak RM23.3juta," tambah beliau lagi.

Dato Wan Rosdhi juga turut menjelaskan bahawa KKLW melalui Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM29 juta untuk meneruskan projek bekalan elektrik bagi tempoh 2012 - 2013.

"Peruntukan ini melibatkan penyambungan bekalan melalui grid ke 627 buah rumah dan pemasangan Solar Hybrid ke 2078 buah rumah." - BPUNP

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor