Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, masjid lain di seluruh negeri dibina oleh Kerajaan Pusat.
"Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat,” katanya hari ini.
Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan, bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, Pas tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.
Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.
Soal bina masjid atau tidak, itu bukan soal besar. Bina masjid banyak tapi tak mengimarahkannya tak berguna jugakan. Cuma yang menjadi kemusykilan mengapa PAS benarkan pembinaan berhala terlalu banyak malah besar pula daripada masjid.
Dimana laungan perjuangan islam? Adakah PAS sudah menukar perjuangan islam kepada perjuangan berhala? Fikir fikirkanlah....
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor