BAGI Alex Seen Chia Choon, 38, setiap saat boleh mempengaruhi jumlah keuntungan yang boleh diraih. Jadi, sebagai seorang kontraktor yang telah bekerja selama 10 tahun, dia percaya alatan yang tepat dan betul mampu menjimatkan masanya.
Baru tiga bulan menggunakan peranti GLM 80 keluaran Robert Bosch Sdn. Bhd., dia sudah melihat perubahan terhadap bilangan kontrak yang diterimanya.
“Dahulu dalam sehari dengan menggunakan pita pengukur, maksimum yang saya boleh dapat adalah sebanyak lima kontrak. Tetapi, dengan GLM 80, saya boleh dapat antara lapan hingga 10 kontrak,” katanya ketika ditemui di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Ujarnya, masa yang dijimatkan ketika sesi temujanji bersama pelanggan amat mengagumkan. Sebelum ini, dia memerlukan masa paling kurang 15 minit untuk memberi sebut harga.
Masa banyak terbuang dengan perkara-perkara remeh seperti melakukan persediaan mengukur dan membawa tangga malah, kadangkala pita pengukur tidak mampu mengukur pada jarak yang panjang.
Kini, dengan beberapa tembakan laser ke dinding dalam tiga saat tanpa perlu ada penukaran posisi, dia sudah boleh menyatakan harga yang sudah pun berada dalam mindanya.
Fungsi yang paling menyenangkan Alex adalah gabungan ukuran tinggi tidak langsung. Ia adalah fungsi yang membolehkan pengguna peranti mengukur jarak tinggi pada bahagian tengah dinding.
Pengendalian GLM 80 pula sangat mudah seperti menggunakan telefon bimbit malah, bahasa visual pada paparan juga amat mudah difahami.
Banyak fungsi
Meskipun fungsi asas peranti GLM 80 hanyalah membuat ukuran tetapi, ia telah dipelbagai kaedah ukuran berdasarkan keadaan fizikal sesuatu lokasi itu.
Sebanyak lima aplikasi fungsi yang direka supaya mudah digunakan dalam semua keadaan dan ketinggian iaitu pengukuran tinggi atau panjang tidak langsung, pengukuran gabungan tinggi tidak langsung dan mod inclination.
“Sebagai contoh, amat sukar untuk mengukur satu jarak tertentu yang terletak di bahagian atas dinding namun, GLM 80 akan memudahkan kerja anda.
“Seting perlu ditukar pada menu yang dikehendaki. Mod arahan yang dikenal pasti dengan imej yang terpapar pada skrin. Kemudian, hanya beberapa klik sudah boleh mendapat bacaan,” kata Pengurus Jenama Rantau ASEAN (Asia Tenggara), Bahagian Power Tool, Anthony Heng.
Selain untuk kegunaan golongan jurutera dan profesional, peranti itu juga turut menjadi alatan penting kepada para pelajar terutama mereka yang mengambil kursus arkitek serta menjadi tumpuan pereka hiasan dalaman.
Jarak maksimum, GLM 80 boleh mengukur adalah sepanjang 80 meter. Mungkin kerana rakyat Malaysia tidak gemar berjemur jadi, ia amat berguna terutama memerlukan pengukuran di luar bangunan.
Bacaan digital alatan itu juga mempunyai kejituan ukuran sehingga 1.5 milimeter, manakala paparan imej juga boleh flip secara melintang atau menegak mengikut cara ia dilihat.
Produk-produk keluaran Robert Bosch merupakan yang pertama menggunakan litium ion dan boleh dicas dengan pengecas mikro-USB.
Litium ion membolehkan bateri dicas berulang-ulang walaupun masih ada lagi baki tenaga dalamnya. Hanya bateri berasaskan nikel kadmium boleh mengakibatkan masalah ‘efek memori’ berlaku.
Laser
Pancaran laser merupakan komponen penting untuk GLM 80 membuat ukuran sesuatu jarak tetapi, jangan risau kerana ia tidak akan membahayakan penglihatan manusia.
Menurut Anthony, laser terbahagi pada enam jenis yang mempunyai perbezaan tahap kekuatan dan kebolehan iaitu kelas pertama banyak digunakan dalam pemain cakera video digital (DVD).
Kelas enam boleh menembusi badan manusia, untuk memotong pula kelas lima digunakan, manakala empat pula boleh menyebabkan luka dan ketiga mampu menyebabkan penglihatan rosak.
“GLM 80 menggunakan laser kelas kedua tetapi, semua cahaya seperti matahari dilihat secara terus dalam jangka masa panjang pun boleh merosakkan mata,” terang Anthony.
Selepas ukuran ruang sudah dibuat, pasti ramai orang terutama bukan profesional berdepan dengan banyak masalah seperti bingkai gambar yang digantung senget ataupun mata gerudi terkena sistem pendawaian dalam dinding.
Bosch turut mengeluarkan dua alatan iaitu GSM120 Professional Multi Detector dan GLL 2 Professional Line yang boleh menyelesaikan semua masalah tersebut.
Garisan laser yang dipancarkan daripada alat GLL 2 Professional Line akan mengeluarkan garisan lurus. Pengguna hanya perlu mengetuk paku atau menggerudi pada garisan tersebut.
Untuk GSM120 Professional Multi Detector pula, ia amat berguna terutama kepada mereka yang langsung tidak mempunyai ilmu dalam kejuruteraan.
Tahukah anda, jika anda secara tidak sengaja menggerudi sistem pendawaian rumah, ia akan menyebabkan bekalan elektrik terputus dan kos untuk membaikinya amat mahal?
Kata Alex, harga untuk mata gerudi kecil berharga lingkungan RM3 hingga RM5 dan boleh patah dengan mudah jika terkena pada keluli rebar dalam dinding.
Bayangkan berapa kos yang perlu dikeluarkan jika setiap kali kita mahu menebuk lubang, pasti akan terkena keluli tersebut.
GSM120 Professional Multi Detector merupakan sebuah alat yang boleh mengesan kabel hidup, metal atau kayu yang berada dalam dinding atau siling rumah.
Menurut Anthony, penggunaan produk tersebut sangat mudah iaitu seperti memahami maksud yang disampaikan oleh lampu isyarat jalan.
Ia dilengkapi dengan lampu LED berbentuk lingkaran bulat yang mengeluarkan tiga warna iaitu merah, hijau dan kuning.
Jika warna hijau yang menyala bermakna kawasan persekitaran tersebut selamat untuk digerudi, manakala warna kuning memberi amaran bahawa terdapat sesuatu berdekatan kawasan yang mahu diketuk.
Merah pula adalah arahan yang jelas bahawa kawasan tersebut tidak boleh diketuk atau digerudi.
Multi Detector itu mampu mengesan objek tersembunyi sedalam 12 sentimeter untuk metal ferus, lapan sentimeter untuk logam bukan ferus, lima sentimeter untuk kabel dan 3.8 sentimeter untuk kayu.
Akui Alex, kedua-dua produk tersebut menjimatkan kos bagi dirinya dalam jangka masa panjang walaupun harganya agak mahal.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor