Borang BR1M asli
Borang BR1M palsu
Kerajaan BN melancarkan program 'Bantuan Rakyat 1Malaysia' BR1M dengan mensasarkan bantuan sebanyak RM500 kepada semua keluarga yang berpendapatan rendah dibawah RM3000 sebulan. Borang sedang diedarkan diseluruh negara melalui Jabatan Hasil Dalam Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah serta Sekolah-sekolah terpilih. Selain itu, borang juga boleh diluarturun dari laman sesawang LHDN klik sini: http://www.treasury.gov.my/
Orang ramai boleh juga menghubungi talian bebas tol untuk sebarang maklumat dan pertanyaan di Talian hotline : 1-800-222-500.
Terdapat laporan bahawa adanya borang BR1M palsu yangsedang disebarkan oleh pihak tertentu dengan niat untuk memburuk-burukkan BR1M. Oleh yang demikian orang ramai diharapkan dapat berhati-hati agar tidak diperdaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
Tiada nombor akau bank diperlukan semasa mendaftar untuk mendapatkan bantuan berkenaan. Justeru jangan terpengaruh dengan sebarang muslihat pihak-pihak dan individu-individu tertentu yang menghendaki nombor akaun bank kerana dipercayai adanya niat buruk disebaliknya.
Pembongkaran mengenai kegiatan terkutuk ini dibuat oleh blog Medan Tempur, Amaran mengenainya juga dibuat diblog tun faisal dot com yang antara tujuan pembangkang adalah ini (klik) Persoalan sama juga ditulis diblog Papa Gomo (sahabat karib Tun Faisal) (klik sini) Blog Pisau.Net juga menulis mengenai pemalsuan berkenaan (klik sini)
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor