Pages

Friday, December 23, 2011

10 BULAN PEMBANGKANG PERINTAH, PERAK HAMPIR JADI PADANG JARAK






1. Selama 10 bulan pembangkang memerintah negeri Perak, habis segalanya tunggang-langang. Konon demokrasi tetapi mereka melaksanakannya secara 'kukubesi'.

2. Dewan Undangan Negeri yang dimuliakan itu juga sudah tidak dihormati lagi. Kebiadapan mereka dan sikap kurang-ajar mereka tidak boleh dimaafkan oleh semua rakyat Malaysia yang mendukung demokrasi dan inginkan kehidupan penuh harmoni.

3. Mujur dengan kuasa Allah, dan Allah Berkati UMNO (ABU) beberapa ADUN bebas telah menyatakan pendiriannya dengan menyokong BN, maka kuasa sudah kembali semula kepada BN, yang akan terus memerintah dengan adil dan saksama.

4. Apakah kita inginkan keadaan serupa ini berlaku di negeri Pahang yang kita cintai ini? Justeru menolak pembangkang adalah cara yang paling sesuai untuk menjamin keselamatan dan harmonian hidup kita dimasa-masa akan datang.

5. Di Perak, walaupun Menteri Besarnya adalah Pas namun beliau diperintah oleh DAP yang berkuasa penuh. Menyokong Pas bererti menyokong DAP yang sah adalah kafir harbi.

6. Di DUN Perak dengan jelas MB Nizar menjelaskan bahawa Pas tidak ingin menegakkan negara Islam. Berapa lama sudah orang Melayu Islam Pas ditipu?

7. Buktikanlah bahawa rakyat Pahang akan terus menyokong BN dan menolak parti pembangkang. Buktikanlah orang Melayu Islam di Pahang tidak akan memberikan sokongan kepada Pas kerana sokongan itu akan memberikan lebih kuasa kepada DAP untuk memerintah.

8. Buktikan bahawa tidak ada tempat untuk Pas di Pahang dan rakyat Pahang tidak ingin kembali kepada kemunduran seperti mana Kelantan dibawah pemerintahan Pas.


Baca pautan diblog sahabat saya dari Perak mengenai penyelewengan pimpinan DAP selama memerintah 10 bulan. Klik Sini Untuk Ke Blog SekupangDua.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor