Pages

Wednesday, September 14, 2011

PKR Pahang Hancur Lebur

AIDCNews – 14/09/11 – Datuk Alimuddin Sawal, 53, seorang usahawan yang sebelum ini ahli PKR Cabang Bukit Bendera, Mentakab mengumumkan keluar PKR kerana berpendapat parti itu tiada hala tuju yang jelas untuk rakyat kecuali untuk mencapai cita-cita peribadi seorang individu.
“Selama ini, saya dan rakan di Mentakab mengikut telunjuk kepimpinan PKR peringkat atasan yang hanya memfokus jalan ke Putrajaya, namun kami di peringkat cabang dan bawahan dilupakan.
“”Saya kesal dan insaf melihat senario pergolakan dalam PKR yang sudah menyimpang daripada perjuangan asal dan tindak tanduk pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,”katanya.
Waaa lagi kes ahli PKR Pahang keluar parti. Apa cerita PKR Pahang ni. Sampai teruk benar jadinya. Nampak sangatlah parti PKR ni parti politik paling huru hara dalam sejarah Malaysia.Lepas ni eloklah semua parti PKR di setiap negeri dibubarkan. Biar mengelupur individu yang gilakan Putrajaya tu hahaha.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor