Pages
▼
Monday, August 1, 2011
Surau Baru Hadiah Ramadan
Kira-kira 200 penduduk di sekitar Kampung Terlang, Paloh Hinai di sini bersyukur apabila impian mereka mendapatkan surau baru akhirnya tercapai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, pembinaan surau baru bagi menggantikan surau lama yang berusia lebih 50 tahun dianggap sebagai hadiah sempena kedatangan Ramadan ini.
"Diharap surau tersebut dapat memberi keselesaan kepada jemaah semasa beribadat serta menjalankan aktiviti kemasyarakatan," katanya selepas majlis perasmian surau tersebut di sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Pegawai Daerah Pekan, Datuk Fadzil Mohd. Kenali dan Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Paduka Sheikh Mohd. Fauzi Sheikh Ali.
Beliau berharap penduduk di kampung itu menggunakan surau tersebut dengan sebaik mungkin dan tidak menjadikannya sebagai tempat untuk menabur fitnah.
Sementara itu, Ketua Kampung Paloh Hinai, Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, beliau mewakili penduduk kampung tersebut bersyukur kerana ada pihak yang membantu mendapatkan peruntukan bagi membina surau itu.
"Dengan adanya surau baru ini dapatlah kami berjemaah dan bertarawih pada bulan Ramadan nanti," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor