Shahiruddin Ab. Moin (bertopi) meninjau jambatan konkrit baru Kampung Tanjung Putus, Raub |
Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM3.8 juta bagi melaksanakan beberapa projek kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong termasuk membina tiga buah jambatan baru.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, daripada jumlah tersebut, RM1.8 juta diperuntukkan bagi membina jambatan baru di Kampung Peruas.
Menurut beliau, RM800,000 pula untuk membina jambatan di Kampung Bukit Pampong dan RM350,000 lagi membina jambatan baru di Kampung Tanjung Putus manakala bakinya untuk beberapa projek kecil sekitar DUN Dong.
''Tender bagi membina jambatan di Kampung Peruas dan Kampung Bukit Pampong akan dikeluarkan tidak lama lagi dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses peringkat akhir reka bentuk kedua-dua jambatan itu.
''Jambatan konkrit di Kampung Tanjung Putus yang dibuat bagi menggantikan jambatan gantung yang sudah uzur dan usang sudah siap sepenuhnya baru-baru ini," katanya kepada pemberita semasa melawat jambatan berkenaan dekat sini baru-baru ini.
Shahiruddin menambah, kemudahan itu memudahkan para petani membawa keluar hasil pertanian seperti buah-buahan, kelapa sawit dan getah.
Malah ujarnya, kawasan sekitar jambatan itu boleh dimaju sebagai pusat rekreasi kerana terdapat aliran sungai yang mampu menjadi kawasan riadah di situ.
Katanya, pembinaan jambatan Peruas bagi menggantikan jambatan lama akan membolehkan lebih banyak kenderaan menggunakan jambatan tersebut ke pusat pelancongan Pulau Chekas dan Lata Jarum.
''Secara tidak langsung ia dapat manfaat dan menyemarakkan lagi perniagaan secara kecil-kecilan oleh penduduk kampung bagi menambah pendapatan keluarga berikutan kehadiran lebih ramai pelancong di kawasan itu".
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor