Pages

Wednesday, July 13, 2011

SKMM Sokong MalaysiaKini?

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) kesal dengan sikap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang sehingga kini tidak mengambil sebarang tindakan ke atas dua portal pembangkang.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, walaupun kedua-dua portal berkenaan iaitu Malaysiakini dan The Malaysia Insider menyiarkan laporan palsu yang boleh menghuru-harakan negara namun tiada tindakan diambil oleh suruhanjaya tersebut.

''SKMM hanya omong kosong walaupun pada 1 Julai lalu telah membuat kenyataan untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana portal yang cuba mencetuskan huru-hara,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam isu perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu lalu, portal pro pembangkang dan media asing telah membuat laporan palsu sehingga memberi gambaran buruk kepada negara.

Pihak tidak bertanggungjawab itu menguar-uarkan laporan salah mengenai jumlah sebenar perusuh yang dikatakan antara 30,000 dan 50,000 orang selain kecederaan dan kematian perusuh disebabkan oleh polis.

Farahana berkata, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim perlu bertanggungjawab terhadap kelambatan SKMM bertindak dan harus meletakkan jawatan jika gagal mengambil tindakan tegas terhadap kedua-dua portal berkenaan.

Hahahaha memang betullah SKMM tak ada telor. Ataupun orang dalam SKMM ni memang sokong dua portal bangsat tu. Tipulah kalau SKMM kata tak dapat laporan. Padahal benda ni dah banyak kali diadukan didalam blog, akhbar dan emel. Aku rasa memang SKMM ni geng dua portal tu. Tu pasal dorang buat tak kisah je. Patut SPRM siasat orang dalam SKMM ni.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor