Pages

Saturday, July 23, 2011

Puak PAS Dan PKR Diarah Menjadi Anjing?


Kata seorang pemimpin DAP seperti dilaporkan dalam salah sebuah akhbar berbahasa Cina…. Kalau mereka letak anjing sebagai calonnya pada pilihanraya umum akan datang, mereka tetap boleh menang. Begitulah angkuh, sombong dan biadapnya DAP.

Nampaknya mereka betul-betul yakin dengan kemampuan mereka. Setelah berpuluh tahun selepas menayangkan simbol penyapu pada satu perarakan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada tahun 1969, kenyataan letak calon anjing pun boleh menang adalah kenyataan berani yang cukup biadap dinyatakan DAP.

Mengapa mereka begitu berani, angkuh dan biadap mengeluarkan kenyataan itu?

Jawapannya mudah… mereka yakin jika mereka letakkan anjing sebagai calon mereka, anjing itu akan menang kerana ada anjing-anjing peliharaan mereka yang akan membantu kemenangan anjing tersebut.

Ini kerana DAP yang diketahui sebuah parti yang cukup rasis cukup percaya mereka kini mendapat sokongan sekurang-kurangnya 80 peratus dari pengundi Cina. Apa yang perlu diusahakan adalah menarik sokongan pengundi bukan Cina khususnya orang Melayu pada pilihanraya umum akan datang.

Tugas DAP untuk memecah belahkan undi orang Melayu ini sekarang cukup mudah untuk dilakukan kerana DAP mempunyai keldai-keldai yang sanggup bermati-matian untuk menurut perintah mereka.

Sudah pasti tugas ini akan diserahkan ke bahu dan batu jemala PKR dan Pas.

Jadi kenyataan DAP bahawa mereka pasti menang dengan hanya meletakkan anjing sebagai calon pada pilihanraya umum akan datang adalah cukup berasas.

Baca selanjutnya disini

Sudah terang lagi bersuluh, DAP hanya mengangap PAS dan PKR adalah hamba suruhan malah lebih teruk mereka dianggap sebagai anjing. Itupun mereka masih tak sedar. Masih menganggap DAP adalah sahabat dunia akhirat. Dr Hassan Ali dibuang semata mata menentang Ronnie Liu. Ostad Azizan juga dipijak sehingga Hj Hadi terpaksa mengeluarkan statement bahawa PAS menyokong tindakan DAP di Kedah.

Tetapi sayang masih ramai puak PKR dan PAS yang tidak sedar bahawa mereka dipergunakan sebagai alat permainan semata mata, Mata dan hati mereka sudah buta daripada melihat kebenaran. Mereka sudah tidak membezakan kebenaran dan kebatilan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor