Pages
▼
Friday, July 29, 2011
Perjelasan Isu Lynas : Pembohongan Besar Fuziah Saleh
Isu Yang Sering Diperkatakan :
i. Kilang Lynas mempunyai loji Nuklear dan bakal membawa bencana seperti yang berlaku di Fukushima, Jepun.
Jawapan :
Pada awal tahun 2011, satu gempa bumi besar dan tsunami melanda Jepun yang mengakibatkan berlaku kebocoran serius kepada loji - loji nuclear. Tahap kebocoran itu menghasilkan radiasi yang tinggi sehingga boleh menyebabkan kanser kepada penduduknya.
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh mengambil kesempatan mengaitkannya dengan pembinaan Kilang Lynas di kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan. Beliau mendakwa Lynas akan membina 'Reaktor' Nuklear di Gebeng. Maka bermulalah episod anti Lynas secara besar-besaran oleh pembangkang.
Mereka menuduh kerajaan rakus dalam mengejar keuntungan tanpa memikirkan keselamatan penduduk. Mereka menuduh kerajaan zalim kerana penduduk Kuantan bakal menjadi "Tikus Makmal" dan terkena penyakit kanser serta cacat anggota badan.
Mereka menakut-nakutkan orang ramai dengan menyebarkan fitnah dahsyat mengenai bahaya kilang tersebut kononnya apa yang berlaku di Fukushima akan turut sama berlaku di Kuantan sekiranya kilang tersebut dibiarkan beroperasi kelak.
Mereka sebenarnya telah melakukan pembohongan besar kerana kilang yang dibina oleh pihak Lynas itu bukan kilang Nuklear seperti di Fukushima. Ianya hanya sebuah kilang memproses Logam Nadir yang dikenali sebagai Rare Earth. Bahan mentah dari Rare Earth ini dibawa ke Malaysia dari Negara Australia, Negara asal syarikat Lynas di mana lombongnya terletak di Mount Weld, Australia.
(Bersambung...)
1 comment:
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor
wow....4 all this while...i tot lynas is some kind of nuclear company...surprisingly...its not..at all....well...its all about politic rite???
ReplyDelete