Pages

Wednesday, July 13, 2011

Pengikut Ambiga Sreenavasan - PAS

Tindakan Pas menyertai perhimpunan haram Bersih pada Sabtu lalu telah membuktikan parti berkenaan sanggup menjadikan musuh Islam sebagai kawan semata-mata untuk mencapai matlamat politik mereka.

Sehubungan itu bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyifatkan Pas sudah dipergunakan oleh pakatan ahzab bagi menjatuhkan kepimpinan Islam di negara ini.

‘‘Ia turut menunjukkan bahawa parti itu telah melanggar perintah Allah sehingga sanggup diperalatkan oleh pihak yang cuba menumbangkan kerajaan Islam,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Mohd. Noor diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang menyifatkan singkatan bagi Parti Islam SeMalaysia (Pas) sepatutnya ditukar kepada ‘Pengikut Ambiga Sreenavasan (PAS)'.

PAS memang tak ada hala tuju sekarang. Lagipun orang yang kononnya berpengetahuan islam dalam PAS pun dah semakin terkunci mulutnya. Padahal bukan mereka tak kenal siapa Ambiga tu. Semua sanggup mendiamkan diri semata mata keuntungan duniawi. Hancur PAS sekarang.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor