Pages
▼
Tuesday, July 19, 2011
Menaiktaraf Sistem Perparitan
Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan untuk menaik taraf sistem perparitan dan longkang di lapan tanah rancangan Felda dalam Parlimen Kuala Krau di sini.
Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, tanah rancangan terbabit adalah Felda Jenderak Utara, Felda Jenderak Selatan, Felda Jengka 11, Felda Jengka 14, Felda Jengka 15, Felda Jengka 16, Felda Jengka 17 dan Felda Jengka 21.
"Sistem perparitan itu perlu diperbaiki kerana mendatangkan masalah kepada penduduk terutama di Felda Jenderak Utara yang kerap mengalami masalah banjir. Saya berharap longkang konkrit dapat dibina untuk mengatasi masalah tersebut, sekali gus memberi keselesaan kepada penduduk di situ," katanya di sini, baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor