Pages
▼
Monday, July 4, 2011
Lim Guan Eng Digelar Pemimpin Lidah Bercabang
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai pemimpin lidah bercabang.
Ini kerana katanya Guan Eng yang sebelum ini amat menyokong perhimpunan Bersih yang dijangka diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur dan menggalakkan orang ramai menyertainya telah menyelar anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NG0) dalam mengadakan demonstrasi tunjuk perasaan anti Ketua Menteri Pulau Pinang Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) baru-baru ini.
Guan Eng mengatakan demonstrasi itu telah menyebabkan keadaan menjadi kacau bilau, menggugat ketenteraman awam dan percubaan mensabotaj ekonomi negeri.
Menurut Zainal, sekiranya Guan Eng mengutuk demonstrasi tersebut, mengapa pula dia menyokong dan menggalakkan perhimpunan Bersih yang bakal mencetuskan keadaan yang lebih buruk dari yang berlaku di Pulau Pinang.
“Sebab itu saya kata Guan Eng ini lidah bercabang. Sekiranya sesuatu perkara itu tidak menyebelahinya, dia akan kutuk tetapi sekiranya menyebelahi pihaknya, dia akan sokong.
“Mengapa dia menyokong penuh perhimpunan Bersih sedang demonstrasi di Pulau Pinang di selar. Ternyata Guan Eng tidak telus dalam memperjuangkan nasib rakyat dan mementingkan diri sendiri”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Tegas beliau lagu sekiranya Guan Eng sedar demonstrasi bakal mengundang masalah dan menyusahkan ramai pihak, mengapa dia perlu sokong perhimpunan Bersih.
“Sepatutnya dia menghalang rakyat dari menyertai perhimpunan tersebut sebagaimana dia menyelar demonstrasi yang dilakukan oleh NGO di Pulau Pinang. Sekiranya sebelum ini dia sering mencanangkan demonstrasi itu adalah suara rakyat dan hak demokrasi, jadi mengapa dia perlu menghalang bila ianya terjadi di Pulau Pinang,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zainal turut memberi peringatan kepada Guan Eng jangan terus-terusan menindas rakyat kerana sekiranya rakyat bangkit, bukan hanya 1,500 orang akan berdemonstrasi tetapi beratus-ratus ribu orang akan memenuhi jalan raya di Pulau Pinang.
“Ini bukan bermakna UMNO menggalakkan perhimpunan jalanan ini. Tidak sama sekali. Tetapi sekiranya kesabaran rakyat khususunya orang Melayu sudah hilang, jangan terkejut dengan kebangkitan mereka. Di negeri ini, ahli UMNO adalah seramai 150,000 orang. Bayangkan sekiranya kesemua ahli UMNO bersatu dan berhimpun di Pulau Pinang. Sudah pasti Guan Eng tidak akan berpeluh basah”, katanya.
Beliaul turut menjelaskan dakwaan Guan Eng yang mendakwa dirinya menipu kerana menafikan penglibatan UMNO di dalam demonstrasi yang berlaku di Pulau Pinang.
“Ingin saya tegaskan di sini, UMNO sama sekali tidak terlibat atau menjadi dalang di dalam perhimpunan tersebut. Memang benar ada ahli UMNO yang terlibat tetapi bukan sebagai ahli UMNO. Mereka terlibat di atas tiket ahli NGO.
“Ramai ahli UMNO adalah ahli NGO. Kita sama sekali tidak menggalakkan dan melarang mereka terlibat dengan sebarang demonstrasi jalanan,” jelasnya.
1 comment:
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor
Guan Eng bukan saja lidah bercabang macam biawak tetapi juga babi yang bermulut busuk. Hati dan dagingnya penuh bakteria dan virus yang boleh berjangkit kepada sesiapa yang mendekati dan berdamping dengannya.
ReplyDelete