Pages

Sunday, July 31, 2011

LESEN PRA-OPERASI BELUM KELUAR!!!


Berikut merupakan berita terkini mengenai pembinaan kilang Lynas di Gebeng yang masih dalam penbinaan.

KUANTAN 31 Julai – Kerajaan belum mengeluarkan lesen praoperasi kepada Lynas Corporation Ltd bagi memproses nadir bumi di Gebeng, meskipun panel Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan kilang syarikat itu selamat.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, lesen itu tidak akan dikeluarkan selagi kerajaan tidak berpuas hati dengan pematuhan oleh syarikat berkenaan terhadap langkah penambahbaikan yang dicadang IAEA.


"Kita sudah tubuhkan satu pasukan petugas untuk mempastikan segala perakuan yang dibuat oleh panel IAEA pada akhir Jun lepas dipatuhi, jika tidak, tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd hari ini.


Beliau berkata, pasukan berkenaan akan memantau secara rapi bagi memastikan keselamatan penduduk, khususnya di sekitar Kuantan, terjamin.


"Dengan adanya perakuan oleh IAEA ini, kita percaya masyarakat Kuantan akan mempunyai lebih keyakinan tentang keselamatan operasi Lynas, dan kerajaan akan pastikan perakuan tersebut dipatuhi,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor