Pages

Tuesday, July 12, 2011

Fuziah Nak Sabotaj Ekonomi Pahang?


PUAK pembangkang serta penyokong gerakan anti Lynas terus-menerus berusaha untuk mensabotaj sesi penerangan mengenai projek pemprosesan logam tanah jarang milik Lynas Corporation Ltd, Australia di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Tindakan itu setakat ini dianggap berjaya kerana mereka telah menghuru-harakan sekurang-kurangnya tiga sesi penerangan yang dianjurkan bersama oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) serta Lembaga Tenaga Atom Malaysia (AELB) pada April lepas.

Ini memaksa Menteri Besar, Datuk Adnan Yaakob mengarahkan agar sesi penerangan seumpama itu ditangguhkan serta-merta ketika itu.

Kali ini pula, mereka dipercayai cuba melakukan tindakan yang sama dengan hadir tanpa diundang, pada sesi penerangan yang dianjurkan khusus untuk ahli-ahli komponen Barisan Nasional (BN) di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar di Kuantan pada malam 4 Julai lepas.

Ini merupakan sesi penerangan pertama dianjurkan selepas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), menerusi panel 10 anggota yang hadir ke Pahang antara 29 Mei hingga 3 Jun lepas bagi mengkaji aspek mengenai keselamatan projek Lynas.

IAEA kemudiannya, memutuskan bahawa projek berkenaan adalah selamat. Antara lain IAEA memberitahu, mereka tidak menemui apa-apa pun contoh tentang ketidakpatuhan kepada piawaian keselamatan radiasi antarabangsa' berhubung dengan projek itu.

"Kesimpulan IAEA ini adalah selari dengan pandangan kerajaan betapa AELB dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah secara professional, melaksanakan tugas-tugas mereka dan memastikan syarikat tersebut (Lynas) patuh terhadap piawaian-piawaian berkaitan kesihatan yang telah ditentukan. Baca Selanjutnya Disini

Memang sah lah selama ini Fuziah and the geng bukannya ikhlas dalam isu Lynas tetapi tindakan beliau tidak lebih daripada political mileage. Perbuatan dia ni tak ubah macam drama Obama bunuh Osama. Semuanya semata mata untuk kempen pilihanraya dan nak menjahanamkan ekonomi negeri Pahang.

1 comment:

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor