Pages
▼
Monday, July 25, 2011
Biometrik Menghantui Golongan Kuno
Pembangkang lebih suka dakwat kekal dari biometrik kononnya dakwat kekal mampu mengelak berlaku pengundi yang mengundi dua kali dan mengesahkan seseorang itu telah mengundi. Namun kerajaan lebih bersetuju menggunakan sistem biometrik untuk Pilihan Raya nanti.
Mengapa pembangkang beriya-iya sangat mahu menggunakan dakwat, sedangkan penggunaan dakwat itu sebagai satu kaedah ketinggalan zaman?. Penggunaan dakwat dipercayai digunakan oleh beberapa buah negara bermula pada tahun 70 an dan 80 an. Sekarang adalah zaman IT sepatutnya kita memanfaatkan kemahiran teknologi dengan menggunakan sistem biometrik.
Apatah lagi SPR telah mengumumkan pembatalan dakwat pada kuku semasa pengundian pada PRU 12 yang lalu berikutan terdapat pihak tertentu dari Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara dan merancang untuk mencalitkannya pada kuku pengundi di luar bandar bagi menimbulkan syak wasangka mengenai status mereka.
Adalah tidak mustahil akan berlaku sabotaj oleh pihak tertentu dengan cara mencalitkan dahulu jari pengundi samada secara sedar atau tidak. Malahan mungkin juga masyarakat di luar bandar akan ditipu kononnya kalau mahu mengundi mesti kena celup dakwat dulu.
Pembangkang sepatutnya menyokong penggunaan sistem biometrik kerana kaedah ini dapat menyelesaikan isu pengundi hantu yang sering dibangkitkan oleh pembangkang. Jika mereka tidak terima bermakna mereka memang berpemikiran kuno kerana sistem canggih ini telah digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.
Mungkin juga mereka sebenarnya mahu memburukkan SPR sahaja kononnya tidak telus kerana gagal menangani isu pengundi hantu. Apa sahaja yang dilakukan oleh SPR mereka bantah, berkemungkinan disebalik itu mereka mahu meraih undi simpati daripada pengundi. Golongan muda sepatutnya menolak pembangkang kerana mereka menolak IT dan Teknologi.
1 comment:
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor
inilah taktik pembangkang nak menang..kalau bertanding secara jujur, mereka pasti kalah.
ReplyDelete