Pages

Wednesday, July 13, 2011

Bershit : Kematian Pun Dipolitikkan

KENYATAAN MEDIA DARIPADA PDRM

Pada 9 Julai 2011, seorang lelaki telah meninggal dunia disebabkan serangan jantung. Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dan video di dalam media sosial untuk memberi gambaran bahawa seorang ahli perhimpunan yang kelihatan terbaring dan sesak nafas di atas jalanraya adalah merupakan Allahyarham Baharudin Bin Ahmad. Sehubungan itu, pihak polis telah menyiasat dan mengenalpasti bahawa gambar dan video yang disebarkan di media sosial tersebut adalah bukan gambar Allahyarham Baharudin Bin Ahmad. Gambar Allahyarham Baharudin Bin Ahmad adalah seperti yang dikepilkan.






ALLAHYARHAM BAHARUDDIN AHMAD

Al fatihah kepada Allahyarham Baharuddin. Takziah kepada keluarga beliau. Tidak sangka ada juga yang ambil kesempatan ketika keluarga Allahyarham sedang dilanda kepiluan. Semoga Allah membalas si penipu dan kroni-kroninya itu.

Siapalah yang bagi idea menipu bangang ini. Elok mereka yang mengada-ngadakan lakonan tersebut dicalonkan untuk Anugerah Drama Terbaik Bershit 2011.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor