Penjenamaan semula PAS telah mengakibatkan “pengusiran” beramai-ramai golongan ulama. Harun Taib telah “dihanyutkan” ke Laut Selatan, dan Hasan Ali “dicampakkan” ke lombong pasir yang tumbuh melata di Selangor Darul Ehsan. Itulah akibat gara-gara mahu menjadikan Islam dan Melayu bersatu, suatu yang pantang bagi PAS dibawah naungan Nik Aziz.
Perkembangan mutakhir ini amat membimbangkan umat Islam yang mahukan penyatuan, namun ianya adalah khabar gembira buat pemegang panji-panji Azazil. Umum sedang menanti nasib yang bakal menimpa seorang lagi tokoh dari pro ulama yang sangat dihormati, baik di dalam PAS sendiri ataupun UMNO.
Ustaz Harun Din pernah menjadi ikon ulama apabila pengaruhnya cukup kuat di hati sanubari umat Islam waima beliau berkeputusan untuk menyertai perjuangan Islam PAS. Sehingga kini, rasa hormat dan kasih kepadanya tetap utuh, berikutan ketetapan akidahnya berhubung Islam.
Baca selanjutnya disini
Tidak mustahil semua ini akan berlaku. Inilah tanda tanda akhir zaman dimana Ulama dicabut daripada masyarakat. Yang tinggal hanyalah pemimpin pemimpin bodoh sombong dan pengikut yang bodoh lagi jahil. PAS yang dahulunya melaungkan negara islam akhirnya telah membuang islam. Malah bertambah teruk apabila mencantas golongan Ulama didalamnya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor