Semalam telah berlangsung satu majlis perasmian menaiktaraf KlinikDesa Telemong ke Klinik Kesihatan Telemong. Malah turut dirasmikan sama adalah Klinik Bergerak 1 Malaysia. Majlis dirasmikan oleh DS Liow Tiong Lai yang merupakan ahli Parlimen Bentong dan juga Menteri Kesihatan Malaysia.
Turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma, pameran AADK, pameran Penjara dan beberapa pameran lain. Kehadiran daripada masyarakat setempat amat menggalakkan. Kehadiran pelbagai kaum seperti kaum cina, melayu, india dan juga orang asli telah membuktikan gagasan 1 Malaysia amat disokong oleh masyarakat setempat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor