Itu saja sebenarnya yang dilakukan oleh puak - puak Parti Angguk Saja ni dalam Mukhtamar mereka kali ini. Mereka bukan setakat bertukar kepimpinan sahaja.
Tetapi PAS juga turut menukarkan dasar serta prinsip perjuangan mereka. Kalau sebelum ini, PAS mati - matian memperjuangkan Negara Islam, tetapi kali ini seruan itu sudah lenyap.
Tertarik dengan apa yang ditulis oleh Blogger Azli Shukri yang menyatakan bahawa PAS selama ini hidup dalam Kejahilan. 57 tahun mereka menolak isi kandungan Al - Qur'an.
Mana tidaknya, Dalam ucaptama Presiden PAS sendiri menyatakan bahawa perjuangan Negara Islam tidak ada disebut dalam Al - Qur'an pun. Tak ke Jahil namanya tu?
Bermakna, dalam erti kata lainnya, PAS selama ini hidup dalam penafian mereka sendiri. Pengasas parti itu juga turut buta Al - Qur'an sebab tidak peka dengan perihal ini.
Maka, tak salah la kalau Datuk Seri Najib kata slogan Negara Kebajikan yang baru dilaungkan oleh PAS ini hanya sekadar menukar label sahaja. Ianya tidak lebih daripada itu.
Pertukaran 'label' itu juga membuktikan bahawa PAS selama ini tidak membela lansung kebajikan rakyat sebenarnya. Baru inilah diorang sedar dan nak menjaga kebajikan rakyat.
Soalnya, kenapa sekarang? Kenapa baru sekarang mereka nak menjaga kebajikan rakyat sedangkan perkara itu menjadi tuntutan dalam Al - Qur'an?
Dalam satu ayat sahaja, ucaptama Presiden PAS itu telah membuktikan bahawa selama ini PAS memang tak ikut pun tuntutan Al - Qur'an.
Mulanya diorang memperjuangkan Negara Islam, tapi ia tidak menjadi tuntutan dalam Al - Qur'an. Lepas tu baru ini la nak jaga Kebajikan sedangkan dalam Al - Qur'an, itulah perkara yang dituntut. Lagi diorang nak kata orang lain jahil dan buta Al - Qur'an?
Sudah - sudah la menipu rakyat. Akhirnya nanti akan memakan diri. Contohnya dah ada depan mata. Bila Perpaduan Ummah itu ditolak, bala yang lagi teruk akan turut menimpa mereka. Itu tidak dapat mereka nafikan.
Tapi sebab mereka jumud dan buta hati, maka sebab itulah aib mereka dihijabkan sehingga sedemikian rupa. Salah sapa semua ni? Salah mereka sendiri sebab berlagak sangat. Macam la orang lain ni buta agama. Kan dah kantoi membodohkan diri sendiri? Padan muka!!!
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor